BAB 9

937 19 0
                                    

PERLAHAN-LAHAN kaki Zahra menghampiri bilik milik Noh. Kedua-dua belah tangannya erat memegang dulang yang menempatkan pinggan yang berisi nasi bersama lauk rendang ayam, sayur kobis dan telur masin. Gelas berisi jus kurma turut berada di atas dulang itu.

Sebelum naik ke situ, dia ke dapur. Apabila melihatkan Enot mahu menghantar makanan untuk anak lelaki Aisyah itu, dia terus menawarkan diri.

Pada mulanya Enot membantah. Namun setelah didesak dan dipujuk, baru dia membiarkan Zahra membawakan makanan ke bilik Noh walaupun dalam keadaan separuh bimbang dan teragak-agak.

Pintu bilik diketuk perlahan. Sunyi. Tiada respons.

Zahra mengetuk lagi. Lebih kuat daripada ketukan pertama tadi. Kedengaran bunyi derap kaki menghampiri pintu.

Bunyi derapan kaki yang semakin menghampiri itu membuatkan hati Zahra semakin berdebar. Langkah kaki itu berhenti di depan pintu itu. Zahra menunggu dengan perasaan penuh resah.

"Siapa?"

Hampir terlepas dulang daripada genggamannya apabila suara garau itu menyapa dari dalam bilik.

"Assalamualaikum Encik Noh. I, Zahra." Dalam keadaan takut dan bimbang itu, dia berjaya juga mengeluarkan suaranya.

Noh terus terdiam sebaik saja mendengarkan suara perempuan itu. Siapa pula perempuan ini? Pembantu rumah yang baru ke? Teragak-agak dia mahu membuka pintu biliknya. Akhirnya dia hanya berdiri di situ tanpa membuka sedikit pun pintu.

"What do you want?" soalnya dingin.

Zahra tersentak apabila disoal begitu. Hamboi, garangnya bunyi suara tu!

"Err, I bawakan you makanan ni. You tak turun dinner kan tadi. Hari ni Aunty Aisyah masak spesial. Rendang ayam. I've heard this is your favourite."

Berkerut dahi Noh mendengar perempuan itu memanggil mummynya dengan panggilan aunty.

"I'm not hungry. Just leave."

Zahra terkedu. Namun, dia masih tidak berputus asa.

"Telur masin pun ada. Aunty Aisyah cakap you takkan tolak kalau ada telur masin."

Kedengaran bunyi rengusan di sebalik pintu. Kecut perut Zahra mendengarnya. Dalam fikirannya terus terbayangkan Professor Snape daripada filem Harry Potter. Oh, dah ada calon untuk menjadi Professor Snape versi Malaysia. Atau Voldemort lebih sesuai untuk Encik Noh ni?

Menakutkan!

"You tak dengar apa yang I cakap ke? I just told you to leave but why are you still here?"

Alahai, poyonya dia. Siap cakap ala-ala London pulak.

"Erm, I tinggalkan makanan dan minuman ni kat meja depan ni ya. Nanti you ambiklah. Jangan tak makan pulak. Nanti perut kosong masuk angin, macam mana?"

"Perut I kosong masuk angin pun. It's none of your business!"

Zahra mengetap bibir. Dalam hati sudah mendidih geram. Seriously, dia ni poyo, poyo, poyo! Erghhh.

"Well, it was my business since you anak Aunty Aisyah. Kesian aunty dah penat-penat masak, you tak nak makan."

"I tak mintak pun mummy I masak apa-apa. Jadi, you jangan nak menyibuk."

Zahra hampir mengeluh.

"Tak apalah I nak menyibuk sekalipun. Tak rugi apa pun. I tinggalkan makanan ni kat depan ni tau. Jangan malu-malu nak ambik sebab I takkan intai you pun kalau you nak keluar. Selamat menjamu selera!"

Sebaik saja menghabiskan ayatnya itu, Zahra terus bergegas ke biliknya.

Noh tergamam. Perlahan-lahan dia membuka sedikit pintu. Matanya sempat menangkap kelibat Zahra yang sedang menuju ke biliknya. Kemudian matanya memandang makanan yang ditinggalkan oleh gadis itu di meja yang terletak di depan biliknya.


"MAKKK!"

Zahra terus terduduk sebaik saja menjerit terkejut. Terkebil-kebil matanya memandang satu figura lelaki bertubuh sasa di hadapannya dalam keadaan cahaya yang samar. Memandangnya dengan pandangan tajam.

Denyutan jantung Zahra usah dicakap lagi. Memang laju macam keretapi dah.

"Wh... wh... who are you...?"

Menggelabah dia bertanya dalam perasaan masih terkejut. Baru sebentar tadi dia terhendap-hendap di hadapan pintu bilik Noh. Bilik yang dikatakan bilik larangan.

Namun, dia langsung tidak peduli kerana telinganya mendengar sesuatu dari bilik Noh. Disebabkan itu dia berada di sini. Tetapi, belum sempat dia mahu mendekatkan telinganya ke pintu, pintu itu dibuka kasar dari dalam.

Bunyi piano lagu Beethoven, Fur Elise menerpa masuk ke telinganya. Buat seketika waktu, Zahra terpaku. Matanya mula melihat bilik Noh memandangkan pintu terbuka luas. Mulutnya hampir terbuka melihat keindahan dan keluasan bilik. Seperti sebuah penthouse saja!

Dia nampak sebuah tangga berbentuk silang berbatukan marble putih terletak berhampiran dengan pokok bonsai yang sederhana besar.

"Zahra!"

Belum sempat dia mahu meneroka lebih jauh keindahan bilik Noh, Aisyah muncul dengan raut muka cemas. Dia terus bergegas ke situ sebaik saja mendengar Zahra menjerit. Namun, pandangannya beralih kepada Noh yang sedang bersandar pada tepi pintu sambil berpeluk tubuh.

"Noh... tak tidur lagi ke?" soal Aisyah hairan.

Perlahan-lahan Zahra bangun sambil matanya tertumpu kepada mereka berdua. Kini barulah jelas muka Noh pada pandangannya.

"Siapa dia ni?" soal Noh tanpa berlengah lagi sambil matanya terarah kepada Zahra yang sudah tersengih-sengih.

"Oh, ya. Mummy tak sempat nak kenalkan dia dekat Noh tadi sebab Noh pun tak turun untuk dinner. Kenalkan, ini Zahra. Zahra ni anak saudara Khalil dan Sophea. Zahra, inilah dia anak aunty, Noh. Noh, Zahra akan tinggal dengan kita buat sementara waktu. Sebabnya tiada sesiapa dengan dia sekarang.

"Kasihan dia, keluarga pun bukannya duduk dekat sini. Khalil dan Sophea ada business trip ke beberapa buah negara dalam jangka waktu yang panjang. Lagipun kalau ada Zahra dekat sini, ada juga yang jadi teman mummy. Kalau nak harapkan Noh, Noh tu sentiasa sibuk."

Noh terkedu. DipandangnyaZahra yang sedang tersenyum lebar dan tidak lepas merenungnya.

BIAR HANYA AKUWhere stories live. Discover now