•⊰ 1-Love

1K 191 334
                                    

Love Web • KSJ
"Alone?Contact me."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Hari persekolahan berbaki lima hari sahaja lagi.Aku harus bertahan demi seminggu yang berbaki ini.

Hidup sebagai orang yang susah dan tidak popular ini bukannya selalu senang.Hampir setiap hari,aku dibuli teruk oleh rakan rakan sekolah ku.

Rakan?Rasanya mereka tidak layak menyandang nama tersebut.Entah kenapa bahasa melayu menuturkan seperti itu.

"Hey babe.Tengok!Si miskin sudah tiba!Min Young-Ji!"

Sampai sahaja di hadapan kelas,aku disambut sebegitu rupa.Hey,orang miskin memang tidak layak hidup senang ke?Perlukah status miskinnya dihebohkan satu dunia?Hah?

Sungguh sakit hatinya,namun hanya mampu dipendam.Kalau memberontak,siapa sahaja akan menyokong diri ini?

"Eyh kejap kejap!Jangan masuk dulu!"

Aku terhenti seketika di hadapan kelas apabila ketua kelas ku,Kim Taehyung menyuruhku berhenti.

Dia memakai mask putih yang biasanya digunakan para doktor sebelum menghampiri aku.

"Ni,kau sure ke kasut kau tiada sebarang najis?Takut tercemar pulak kelas ni."

Satu kelas mentertawakan aku.Manakala aku,hanya mampu tertunduk sayu dari memandang wajah Taehyung yang lebih tinggi dariku.

Hatiku bagai disiat siat.Pedih sangat bila dimalukan crush dihadapan satu kelas.

Badboy macam mana pun si Taehyung,aku tidak boleh nafikan yang aku telah jatuh hati padanya.Dalam diam.

"Meh aku sental.Takpe,gerenti suci murni!"

Si anak Jeon hampiri aku dengan sebaldi air keruh.Jika diikutkan bau air ni,macam bau air clorox.

Clorox?

Bbush!

"Sstt ah!"

Kakiku terasa sedikit pedih apabila air berasid itu mengena kasut sekolahku yang sedikit lusuh.Aku hanya mampu mengetap bibir menahan sakit.

"Apalah kau ni Jungkook,apsal kau simbah air berasid."

Buat seketika aku terkedu.Taehyung marah Jungkook?Sebab aku?Dalam diam,aku tersenyum sendiri.

Jungkook juga nampaknya susah percaya."T-Taehyung?"

"Meh kita alkalikan sikit,sayang."

Taehyung meninggalkan kelas buat seketika.Aku payah nak sembunyikan senyum,jadi nampak ketara sangat aku senyum kambing.

Jungkook duduk diatas meja guru sambil memeluk tubuh."Tolonglah,budak.Nampak sangat kau sukakan si Taehyung tu."

Aku tersentak.Seluruh kelas sudah memandang aku dengan mata tajam.

"Kau fikir,Taehyung hadap sangat nakkan kau ke?"Kata Lovelya, gadis kacukan Inggeris-Korea yang merupakan Queenka sekolah ini.

Bertubuh seksi dan pandai,cukup dengan pakej anak hartawan,patutlah berani nak sombong.Fikirlah nak,badan kau tu diperbuat dari tanah juga.Bukan emas.

Sila sentap.

"Sedarlah,hey.Kau tak layak.Umpama anjing kurap dengan Yeontan BTS."

Kata kata Min Yoongi itu disambut hilaian tawa semua orang.Aku tau,mulut pedas dia tidak boleh bawa bincang.Ada ke patut bandingkan aku dengan anjing kurap?

Aku rasa ingin menangis,namun tiba tiba kedengaran suara Taehyung dari belakang.

"See guys.Aku bawa apa!"

Aku menoleh dengan wajah ceria.Aku fikir,aku masih ada pelindung.

Nampaknya tidak.

Aku tergamam dengan benda yang dia bawa.Buat seketika,aku pandang Taehyung yang lengkap berpakaian anti-kotor dengan mask putih dan jaket pakcik cleaner.

"Sinilah,kenapa jauh sangat?Meh aku alkalikan sikit."

Tubuhku kaku.Dadaku berdegup kencang tanda ketakutan aku mulai menyerang.

Taehyung menunjukkan riak geram."Kenapa degil sangat kau ni,Young-Ji?"

"Bash jelah dia,Tae.Kena lembutkan sikit otak dia yabg keras cam batu tu."Hasut Jungkook sambil ketawa sinis.

Detapan kakinya kearah aku membuatkan aku tidak keruan.Tubuhku menggigil.Tolonglah,kalau aku ada pintu teleportasi macam Doraemon dah lama aku gunakan sehabis baik!

Bush!!

"Pergh,bau dia teruk bhai!!"

Aku melopong.Bau hanyir air ikan menusuk kedalam rongga hidung aku.Dapat kulihat,Taehyung ketawa sinis kearah ku sebelum melemparkan baldi kosong tadi kebadan aku.

Akibat tidak seimbang,aku tergelincir jatuh."Auch!"

"Nak aku tolong?"Taehyung menghulurkan tangan.

Walaupun baru tadi dia mengkhianati kata 'sayang' pada aku,aku tetap cuba mengapai tangan kekarnya.

Namun,dia berpaling tadah.

"Ya tuhan,bodohnya kau ni.Makan apa sampai bodoh macam ni hmm?Tahi ke?Dah sedar yang diri kau dah basah lencun dengan air ikan,masih terhegeh hegeh nak gapai tangan gucci aku?Seriusla?"

Air mata tidak mampu aku tahan lagi.Sudah jatuh mencurah curah sehingga aku teresak teruk.Kalaulah hati ini mampu dikeluarkan,aku nak bawa keluar kemudian belai dengan kasih sayang,bagi ianya tidak sakit lagi.

Aku sakit.Sakit sangat.

Tolong aku.

Aku nak keluar dari neraka ni.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

Cuba pendek, tapi tak dapat. Argh tensionnya!

Jangan risau, author anda kuat merungut 😋

I'll do my best,okay dear?😘

Love Web.Where stories live. Discover now