•⊰ 11-Become

692 119 57
                                    

Love Web • KSJ
Alone?Contact me.

Love Web • KSJAlone?Contact me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"Ugh..."

Terasa sedikit ngilu apabila punggungku dibaringkan diatas katil.Kebas dia tidak hilang sedari tadi membuatkan aku takut suatu perkara.

Lumpuh.

"Kau jangan fikir bukan bukan boleh tak Young Ji?Gila betul otak kau ni."

Yelah,siapa sahaja tidak takut?Segala benda tidak mustahil berlaku kecuali tanpa takdir dari Nya.

"Dari tadi kau cakap benda mengarut.Dah makan."

Ketegasan Seokjin sedikit sebanyak menghiburkan hati aku.Entah,terhibur gais.Orang handsome caring dekat kita!

Kehadiran Seokjin dalam hidup aku memberi makna bahawa aku juga insan yang wajar disayangi.Hiks...pasang lagu bersamamu.

"Buka."

Automatik mataku memandang Seokjin."Buka?B-buka apa ha?"

Pantas tanganku naik memeluk bahagian dada.Wajah Seokjin blur.

"Buka mulutlah dey aku nak suap makanan."

"O-oh...Oh saya acah je tadi."Tersengih kebodohan aku seorang diri.

Sedarlah Young Ji,rupa kau tiada taste.Bisik hatiku kecil.

"Eii geram pula aku dekat omma kau tadi."

Aku hanya diam mengunyah makanan yang disuap.Biasalah,bubur, bubur,bubur.Sakit je makan bubur.

Lagipula,aku dapat rasakan aura Seokjin nak membebel selepas ini.Mohon tabah.

"Boleh pula dia tolak kau?Tak sedar diri langsung.Sudahlah bedak tebal berkilo.Sekali aku tampar,berabad jerebu kat korea ni!Eii geram ni geram nak cendol!"

Aku hanya diam.Sakit hati?Rasanya tiada.Semakin lama,aku sudah boleh terima kenyataan yang omma aku tidak suka aku.

"Biarlah dia."

"Sorry cakap pasal omma kau."

"Takpe.Saya tak boleh buat apa dah.Dia bukannya sukakan saya.Saya cuma parasit dalam hidup-"

Ktang!

Wajahku terkejut saat mendengar Seokjin menghentak mangkuk berisi bubur ke meja.Bahuku digenggam.Mata emasnya merenung tajam mata coklat milikku.

"Ni aku tak suka.Please,dont say it again.Kau manusia,bukan parasit."

"Tapi-"

"Young Ji.Aku sudah diberi peluang untuk mengenali kau dan...memberi kasih sayang pada kau.Izinkan aku untuk bahagiakan kau.Aku nak kau happy,bukan bercakap benda mengarut macam ni lagi."

Aku terpaku.Lidahku kelu ingin berkata kata.

"Aku rasa aku tiada peluang kedua."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Apa maksud dia?

Tiada peluang kedua?

Hatiku terdetik rasa musykil.Sungguh,aku rasakan sesuatu yang pelik dan tidak sedap menyerbu diri.

Tolonglah,bala apa lagi yang akan mendatang?Sudah kutanyakan hal ini pada Seokjin.

Namun,lain yang diharapkan.Lain yang dibalas.Dia hanya menjawab,"tiada apa apa.Kau silap dengar ini."

Ada satu sisi lain yang aku pandang pada diri Seokjin.

Dia tiada sifat sedih.Cuma sentiasa terhibur dan senang marah.Sesiapa sahaja cari pasal dengan dia,memang tidak akan lama hidup.

Aku mahu juga tahu,mengapa dia memilih kerja sebagai salah satu ahli Love Web? Macam tiada kerja lain pula.

Aku harus siasat perkara ini.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Mataku senyap senyap memandang kearah Seokjin yang asyik menonton rancangan 'Memasak Bersama Chef Wan'.

Yang aku kagum tentang Seokjin,dia cepat menghafal.Tengoklah selepas menonton rancangan itu,dia akan memasak pelbagai makanan.

"Young Ji?Buat apa dekat situ?"

Aku tersentak seketika."Oh!Err...saja.Hehe."

"Herm...duduklah sini."

Seokjin menepuk-nepuk tempat duduk disebelahnya.Aku tersengih bak kerang busuk sebelum duduk di tempat tersebut.Sejurus itu,Seokjin sambung menonton.

Bagaikan tunggul,aku duduk di situ sambil menunggu rancangan habis.Aku mahu bertanya sesuatu,namun takut mood nya rosak.

Aduh.

'Ok semua itu sahaja menu saya pada harini ini.Kita berjumpa lagi nanti dalam~Rancangan Memasak Bersama Chef Wan!'

Huh nasib baik habis.Baru sahaja Seokjin ingin beredar,pantas tangannya kucapai.

"Seokjin-"

"Ye?"

Aku menelan liur."Saya...nak tanya sesuatu."

"Tanya jelah.Young Ji,kalau awak nak tanya,silakan tanya.Jangan malu malu bertanya.Tanya je.Bebila masa boleh tanya.Awak nak-"

"Siapa awak?"

Secara spontan aku tertanya soalan lain.Ya Tuhan,semua gara gara aku pening dengan percakapan Seokjin tadi lah!

Seokjin nampak blur seketika sebelum cuba beriak tenang. "Saya pun tidak tahu siapa diri saya."

"H-hah?"

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

Banyak persoalan?Plot twist?

Ketahuilah anda sedang baca ff author hana yang paling merepek 😂😂😂

Allahu.Hempuk sila.😂Btw sorry for a late update.Writer block kejap 😭❤

Love Web.Where stories live. Discover now