•⊰ 6-Only

755 153 136
                                    

Love Web • KSJ
Alone?Contact me.

Love Web • KSJAlone?Contact me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

12.30 am

Imbasan Lovelya dilanggar kereta tadi masih segar di dalam ruang minda aku.Akibat terlalu ketakutan,aku berpeluk lutut di tepi katil sambil menangis.

Ketika inilah,tiada siapa sudi menemani aku.Sudi untuk memeluk ataupun memujuk diri aku.

Adakah aku akan keseorangan sehingga mati?

Betullah kata Lovelya,aku ini anak malang.Entah entah omma dengan appa memang tidak mahu lahirkan aku.

Sedang sibuk aku termenung seorang diri,kedengaran ada seseorang mengetuk tingkap bilikku.

Tok tok tok!

Automatik bahuku terhenjut akibat terkejut.Segera mataku memandang kearah tingkap bilik di sebelahku.

Bukan hanya diganggu ketukan di tingkap,malah aku dikacau lagi oleh suara halus yang singgah di telingaku.

"Are you okay,baby?"

Aku sudah ketakutan sambil mata meliar melihat seluruh ruangan bilik aku yang tidak berlampu.

"Dahlah,jangan kacau saya!"

"Why you look really mad?Ada orang kacau baby saya ke?"

Bibirku diketap geram.Malas mahu menjawab persoalannya,lalu aku mendiamkan diri.

"Oh,I see.Lovelya kacau kau ke,sayang?"

Mataku membulat.Wait,macam mana dia boleh kenal Lovelya?Aku langsung tidak menyebut nama itu tadi!

"Yang lepas biarkan lepas.Perempuan sial tu dah mati pun.Kena langgar,kan?"

"Ma...macam mana awak tau?"Tanyaku musykil.

Kedengaran suara asing itu ketawa halus."Should I say,aku yang langgar dia?"

Aku tergamam.Apa?

"Dia tidak patut hidup,dia kacau kau selalu.Sekarang dia dah mati,why not kau nak menangis?"

Terasa ada angin lalu dihadapan wajahku.Segera aku berdiri sambil memandang sekeliling.

"Ja...jangan dekat!Saya taknak bercakap dengan pembunuh!"

"Well,pembunuh nilah yang dah selamatkan hidup kau.She's gone from your life,baby.Lepasni,kau takkan dipijak lagi,takkan dibuli lagi,takkan di-"

"Sudah!Pergilah!"Bentakku kegeraman.Ada ke patut terjah bilik orang selepas itu cakap dirinya pembunuh?

Memanglah orang takut!

Baru sahaja aku ingin keluar dari bilik tersebut,langkahanku terhenti.

"Young Ji."

Pantas kepalaku menoleh.Automatik mulutku ternganga apabila melihat seorang lelaki tampan sedang mengigit sekuntum bunga mawar sambil duduk di tepi jendela.

Wajah itu,seperti yang pernah aku lihat sebelum ini.

"Sayang,kau yang panggil aku sebelum ni.Kemudian,kau nak halau aku.Apa,aku tak cukup sempurna ke jadi peneman kau?"

Gi...gila ke tidak sempurna?Wajahnya sungguh tampan bak bidadara!Setiap kata-katanya mampu mengoyahkan iman.Melihat dari wajahnya,pasti orangnya cerdik.

Namun,aku terkedu.Tidak mampu berkata apa-apa.Bibirku seolah olah terkunci.

Aku sudah ingat lelaki itu.Ya,lelaki yang aku pilih di laman web tempoh hari.

Kim Seokjin.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Dia melompat turun dari jendela tingkap sebelum berjalan penuh bergaya kearah aku.Jantung aku bagaikan mahu meletop ketika itu.

Setapak demi setapak dia datang kearahku sebelum daguku disentuh oleh jari runcingnya.Mataku berpandangan dengan matanya.

Dia mempunyai mata yang sangat unik.Berwarna sedikit keemasan.

"Hey,dah lama kan kau nak tengok diri aku?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hey,dah lama kan kau nak tengok diri aku?"

Mataku terkedip kedip memandang dirinya.Dia tersenyum melihat tingkah lakuku.Senyuman dia nampak menggoda.

Dapat kurasa,tangannya yang satu lagi melingkar hangat di pinggangku sebelum jarak antara kami didekatkan.Kini,hanya 5 cm sahaja jarak antara kami.

Entah kenapa,aku langsung tidak menolak.Mataku asyik memandang matanya,begitu juga dirinya.

Sejenak,terasa kucupan hangat menyinggah di dahi flawless aku,membuatkan jantungku tidak tentu arah.

"Ingat lagi,janji aku?"

Aku hanya mengangguk.Dia tersenyum.

"Jadi,lain kali jangan halau aku.Aku setia,tidak akan lari.Aku akan sentiasa jaga kau selamanya.Trust me."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

Hopefully korang suka and enjoy baca part ni🐼.Maaf tak best.🙃🙃❤❤

Love Web.Where stories live. Discover now