•⊰ 14-Than

618 120 45
                                    

Love Web • KSJ
Alone?Contact me.

Love Web • KSJAlone?Contact me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Niat ingin bertanya kepada Seokjin akan hal yang terjadi sebentar tadi terbantut tatkala melihat wajah runsing lelaki itu.

Apa yang bermain di benak lelaki itu,aku pun tidak tahu.

"Young Ji,bagi aku tidur dengan kau sekali.Boleh?"

Mata aku terkebil kebil.Tidur dengan aku?Serta merta pipiku terasa panas dan lidahku kelu.

Seokjin pula asyik merenung tepat kearahku,meminta jawapan.Aduh,banyaknya rama rama dalam perut aku sekarang!

"Err...tapi kenapa?"

"Aku dapat rasakan akan ada sesuatu yang tak baik berlaku dekat kau nanti." Suara lelaki itu mengendur.

Mendengar itu,aku mengangguk.Ikutkan hati,aku juga rasa perkara yang sama.

Senyuman kecil terguris di bibir lelaki terhangat tersebut sebelum rambutku dielus lembut. "Jangan risau.Aku tak buat perkara bukan bukan.Tidurlah."

Aku seakan kanak kanak kecil hanya tersengih kekok. Comforter ditarik menutupi sebahagian tubuh lalu tidur mengiring membelakanginya.

Jantungku berdetak laju.Wajahku betul betul panas! Tidur sekatil bersama lelaki yang dalam diam diam dicintai merupakan suatu kerja yang gila!

Kedengaran lampu bilik ditutup sebelum terasa katil dihenyak seseorang.Alunan suara garau milik Seokjin menimbulkan rasa gelisah.

"Good night. Sweet dreams."

"Err okay! Hehe selamat malaun,eh malam!"

Tawaan kecil lelaki itu kedengaran sebelum keadaan hening kembali.Mungkin lelaki itu sudah tidur.

Kelopak mata dipejam,cuba untuk masuk kealam mimpi.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Angka jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.Mataku tetap segar bugar biarpun sudah dipaksa bermimpi.

Tiba tiba,aku merasakan Seokjin bangun dari tidur.Niatku untuk mengiring menghadapnya tergendala.

Agaknya,kemana lelaki tu ingin pergi?Mendengar sahaja bunyi pintu bilik ditutup,aku segera bangun daripada tidur.

Love Web.Where stories live. Discover now