•⊰ 12-More

659 117 38
                                    

Love Web • KSJ
Alone?Contact me.

Love Web • KSJAlone?Contact me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"Young Ji"

"Apa dia?!"Marahku geram.

Aku tengah sibuk main game 'Mengira Anak Itik Tok Wi' boleh pula dia kacau.Tengok!Seekor anak itik tok wi aku dah mati kena makan sang kancil.

"Sini jap!"

Dengan langkah malas,aku mengesot ke dapur.Wajahku tersembul disebalik dinding dapur sambil menatap Seokjin yang sudah sepahkan dapur aku.

"Nak apa?"

"Mana sarung tangan pencuci pinggan?Cepatlah,aku nak cuci pinggan ni!"

"Oh,aku dah buang."

"Hah?!"

Hampir tersedak aku apabila Seokjin menjerit.Sekejap,sarung tangan ke jantung aku lebih penting,hah?

Nak aku arwah cepat ke apa?

"Apa susah?Cucilah guna tangan."Keningku ternaik.

Keluhan kedengaran dari hujung bibir lelaki itu."Aku tak boleh."

"Apsal pula tak bo-"

"Sudahlah,aku nak pergi beli baru.Kau,duduk dediam dalam rumah."

Aku hanya melongo melihat Seokjin keluar sambil memakai kot berbulu putih jenis alpaka.Makin peliklah mamat ni.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"Aku alah pada air."

Terkejut aku mendengar pengakuan Seokjin.Pada masa yang sama,aku sedikit lega sebab dia sudi jawab soalan aku.

"Alah pada air?Habistu,selama ini awak tidak mandilah?"Kataku pelik.Ke saja Seokjin ni mahu prank aku?

Seokjin tertunduk lalu menggeleng."Aku taulah cara aku untuk wangikan diri sendiri."

Sejujurnya,aku pelik.Dia setiap hari sembur minyak wangi ke badan dia ke nak kasi bau harum?

Buat seketika,masing masing senyap.Seokjin asyik tertunduk bermain jari.Aku?

Mula rasa bersalah.Dia macam malu nak mengaku tadi.

"Seokjin..."

"Sorry."

"Takpelah.Kenapa nak sorry?Biasalah tu setiap orang ada alahan masing masing."

Seokjin mulai tersenyum sebelum memandang aku.Tidak lama selepas itu,badanku dipeluk erat.

"Takpe Young Ji,aku cuba jadi yang sempurna.Biarpun sekali."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Jungkook mengeluh kesedihan sebelum memandang jasad rentung Taehyung yang koma.Siapa sahaja tidak sedih melihat kawan baik menjadi begitu?

"Memang dia tak boleh sembuh ke doktor?Takde alternatif lain dah?"Entah keberapa ratus kali Jungkook bertanya.

Jawapan doktor amatlah klishe.

"Maaf encik.Kami akan cuba yang terbaik."

Naik muak Jungkook mendengarnya.Ikutkan hati,mahu saja dicampak doktor itu keluar hospital biar koma macam Taehyung.

Sambil menatap wajah Taehyung yang amtlah pucat,air matanya menitis sedikit.Bibirnya digigit geram.Cuba memujuk diri agar tidak menangis.

"Bila kau nak bangun ni,Tae?Kalau kau takde,aku tidak ada keberanian nak buli orang lain lagi..."Ujar Jungkook perlahan.

Taehyung adalah satu satunya punca keberanian yang dia ada.Tiada Kim Taehyung,maka lemahlah Jeon Jungkook.

Bagaikan ada hubungan pertalian antara mereka.

"Aku tak bolehlah...aku lemah.Aku menangis tengok kau macam ni."Kepala disembamkan ke perut Taehyung sebelum esakannya menjadi jadi.

Hatinya takut sekiranya kehilangan Taehyung.Tangan kaku Taehyung digenggam erat seeratnya bagaikan tidak mahu dilepaskan.

"Aku janji Tae..."

Bibir diketap geram.

"Aku akan balas dendam."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Malam menjelma.Sesuai minum Vsoy biar senang tidur.

Mug berisi susu soya itu diletakkan diatas meja makan.Rumah terasa sedikit sunyi tanpa keberadaan Seokjin.

Malas pula mahu menyeru namanya.

Tiba tiba,satu direct massage (DM) masuk melalui aplikasi Instagram.Wah,jarang dapat mesej melalui aplikasi ni.

Namun,mood Young Ji terbang serta merta saat membaca mesej tersebut.Menyesal baca pun ada.

_

_______________________________

@jeonjk.09

Young Ji,kau memang pembawa malang.Cuma nak cakap,kau takkan terlepas dengan dosa yang kau buat.
•9.00 p.m.

Jangan ingat lepas kau buat Taehyung macam tu,kau boleh enjoy goyang kaki.
•9.01 p.m.

Just wait.
•9.01 p.m.

______________________________

"Players gonna play.Haters gonna hate.Live your life,yow!Keep smiling!" Kataku dengan nada tenang.

Malas nak layan haters.Memekak je tau.Buatnya tak.

Tapi kalau dia buat?Aku terserah pada Tuhan.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

See in next chap yow 🐒💅

btw...ada ke yang rindu ff ni diupdate 😟😟

Ampun!

Love Web.Where stories live. Discover now