•⊰ 15-Coffee

675 134 62
                                    

Love Web • KSJ
Alone?Contact me.

A/N : kebenaran bakal terserlah🌚sila sediakan 🍿🥛

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N : kebenaran bakal terserlah🌚sila sediakan 🍿🥛

Part kalini,aye izikan anda mencarut dan meroyan😂

❅──────✧❅✦❅✧──────❅

"Akhirnya."

Jeon Jungkook ketawa sinis selepas berjaya melarikan diri jauh dari kawasan rumah Young Ji.Rambutnya dikuak menampakkan dahinya yang sedikit berdarah akibat terkena dinding saat berlawan dengan Seokjin tadi.

"Sstt...ah!" Perutnya juga kesakitan saat ini.Pantas tangannya berpaut pada pintu 7E agar tidak terjelopok jatuh.

Walaupun sakit yang teramat menguasai diri,dia merasa puas hati.Hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa.

Dia hampir separuh mati risaukan Taehyung,khawatir jika nyawa sahabatnya melayang.

Mana adil sekiranya hanya satu pihak merasa susah hati,kan?

"Sekarang,kau terima padahnya,Young Ji!Aku takkan biarkan kau hidup senang!Hahahahaha!"

Tawaan besar si Jungkook menjadi halwa kebingitan pada malam itu.

Teringat kejadian beberapa jam yang lepas dimana dia berjaya mengintip lokasi Young Ji dan Seokjin.Paling penting,dia merasa senang apabila mengetahui alahan yang dihidapi Seokjin itu.

Kerjanya menjadi lebih senang.

Mampuslah kau,Young Ji.Sedarlah,kebahagian memang tiada dalam kamus hidup kau.

Kau layak hidup dalam neraka dunia.

❅──────✧❅✦❅✧──────❅


"Seokjin! Awak okay ke tak? Jawablah!" Dengan kasar aku menggoncang badannya yang kaku.Seokjin tiada reaksi.Kekal membatu.

Tiba tiba,sesuatu berlaku menyebabkan aku terdiam seribu bahasa.Mulutku ternganga.

"S-Seokjin?"

"Zzrtt!...Y-Young...Zrttt!" Kata kata Seokjin tersekat sekat bersama kepalanya yang tiba tiba berpusing.

Aku mula rasa takut lalu mengesot agar menjauh darinya.Jujur,aku betul betul tidak faham apa yang sedang berlaku! Kesetanan apakah ini?!

Tubuh Seokjin aku perhati. Manik manik jernih mulai turun di sekitar leher dan dahiku.

Leher dan dada lelaki itu mengeluarkan satu cahaya seperti renjatan elektrik.Biji matanya menghilang serta tubuhnya tergerak tanpa kawalan seolah olah dirasuk.

"Jinnie-09J stop the progress."

Tidak lama kemudian,bahagian kiri muka Seokjin pecah sebelum dia rebah ke lantai dengan penuh sadis.Kini,lelaki itu betul betul kaku.

Perlahan lahan,aku hampiri dirinya lalu sebelah wajahnya yang pecah tadi kutilik dengan teliti.

Bahagian yang pecah itu mempunyai jaluran wayar pelbagai warna bersama beberapa kad elektronik yang lain.

Pantasku menebak.

"Robot?"

❅──────✧❅✦❅✧──────❅

TBC

Ah sudah! 😂😂 Sila bantai aye berjemaah! 😂

Btw silent readers setia,bila mahu tunjukkan diri anda?

Mahu juga kenal dengan honey aye yang pemalu ni hiks 💜🙂

Love Web.Where stories live. Discover now