•⊰ 8-Mistakes

736 149 94
                                    

Love Web • KSJ
Alone?Contact me.

Love Web • KSJAlone?Contact me

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Hari hari yang aku lalui berjalan seperti biasa.Setiap kali aku kebosanan,si Seokjin akan menemani diriku.Setiap kali aku sedih atau gembira,dia sentiasa ada disisiku.

Lama kelamaan,aku sudah boleh menerima kewujudannya.Benar,tiada apa yang muncul sendiri tanpa hikmah di sebaliknya.

Kami mulai rapat sebagai kawan.Setiap tiba waktu makan,dia akan memasak untukku.Menemaniku bermain game ditengah malam hingga waktu pagi.

Terfikir juga aku,tidak penatkah dia?

"Yeah!Menang lagi!"Ujarku gembira.

Seokjin yang duduk disebelahku sekadar tersenyum lebar melihat tingkah lakuku itu.Dia mengusap lembut kepala aku persis seorang ayah kepada ibunya.

"Dah,pergi tidur.Lewat dah ni."

Aku mencebik sebelum memandang jam yang tergantung kemas dihadapan televisyen.

"Ala...baru pukul 3 pagi.Awal lagi."

"Ahh sudah.Pergi tidur.Awal apanya?"

Akhirnya aku mengalah.Usai sahaja menutup suis televisyen,aku berlalu ke bilik aku.Seokjin pula,entah kemana menghilangkan diri.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Hujan turun dengan sangat lebat pada malam itu.Angin kuat menerpa masuk kedalam bilik sehingga jendela terbuka luas.

Bunyi guruh yang berdentum tanpa henti mengejutkanku daripada tidur.Jantungku berdetak laju.

Suasana bilik gelap bercahaya sedikit akibat pancaran petir.Aku menelan liur perit.

Detumm!

"Ahh!"

Pantas tanganku menekup kedua telingaku.Aku ketakutan sehingga badanku menggigil.Ya,aku fobia dengan bunyi yang kuat.

Mungkin kerana sudah terbiasa mendengar ibubapaku menengkingku secara mengejut.Sehingga sekarang,aku takutkan bunyi yang kuat.

Membuatkan badan aku menggigil teruk,wajah berubah pucat serta menangis.

Semakin lama,detuman guruh semakin kuat.Wajahku sudah lembab akibat air mata yang dari tadi tidak berhenti mengalir.

"Seokjin..."

Perlahan lahan,aku menyebut namanya.

Seketika,aku terasa ada satu tangan memegang lembut kepalaku sebelum kepalaku dibenamkan kedada bidangnya.

Tersedu sedu aku apabila berada dalam pelukan lelaki itu.Dia bagaikan bidadara,datang saat aku kesusahan.

"Shh,kesian sayang aku ni.I'm here,dont cry again,okay?"

Aku sekadar menganggukkan kepala.Tidak lama kemudian,aku terlena dalam dakapan hangatnya.

Pelukannga bagaikan magis,mampu menenangkanku dalam sekelip mata.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Pagi menjelma indah.Matahari memunculkan diri melenyapkan awan mendung.

Bangun sahaja dari tidur,mataku meliar sekeliling.Siapa lagi akanku cari sekiranya bukan Seokjin itu?

Nampaknya,dia tiada disini.

Dengan langkahan mamai,aku menuju kedalam bilik air dan membersihkan diri.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Kebosanan melanda diriku.Aku hanya merehatkan diri sambil duduk di buaian rumahku.

'Jika tiada Seokjin tu,mesti aku bosan.' Keluh jiwaku kecil.

"Patut ke aku panggil dia?Entah entah dia penat ke.Tak baik aku kacau dia selalu.Sekali sekala bosan tanpa dia,takpe kot."

Aku tersenyum pahit.

"Hoi."

Kedengaran suara menyapa daru tepi.Aku menoleh seketika sebelum tersenyum.Namun,aku menoleh buat kali kedua.

Mataku membulat.

"Hai,Young Ji!"

"Ahh!"

"Wargh!"

Kedua duanya menjerit secara serentak.Seokjin pun tidak mengerti mengapa aku menjerit.

"Kau ni,dah kenapa?Punyalah muka aku tampan macam gini,kau macam terkejut nampak hantu je."

Tanganku dibawa ke dada sebelum diusap lembut.Siapalah tidak terkejut apabila kita sedang termenung,tup tup ada bidadara di sebelah.

"Tak-takdelah.Saya tak seru pun nama awak.Macam mana awak ada dekat sini?"

Seokjin tersenyum senget sebelum mengusap lembut rambutku.

"Kau panggil aku dengan suara hati kau.Aku datanglah."

Bibirku sekadar meng-oh-kan sahaja.Aku tersenyum tanda aku membalas senyumannya.

"Aku tau,kau bosan." Ujar Seokjin.Perlahan lahan,tanganku dicapainya.

"So,jom.Dating nak?"

"Da-dating?"

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

Hopefully enjoy!Stay tuned for next chap,okay?♥🐼

Love Web.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα