4 : Jungkook?!

791 52 4
                                    

Korea
Seoul, 2019
KST 14:25

Majlis perkahwinan jimin akhirnya selesai. Kedua pasangan mempelai itu sedang menikmati jamuan mereka. Manakala aku sedang memerhatikan jaehyun. Budak tu boleh tahan nakal dia, biasalah jaehyun jakun sikit kalau ada dekat tempat yang tak pernah dia datang.

Sibuk memerhatikan jaehyun sampaikan aku tak perasaan yoongi datang menghampiri aku.

"Ah, yoongi-hyung!"
ucapku sambil membungkuk hormat padanya. Sebab dia ialah isteri kepada majikan aku. Seharusnya aku menunjukan rasa hormat yang tinggi. Mataku melirik kearah eunha yang berada di sebelah yoongi. Dia menatap aku dengan sinis. Mulalah nak memperlekehkan aku depan orang lain.

"Eh, tak apa.. Awak Kim taehyung bukan?!"
Aku menganggukan kepala. Kalau dilihat dengan lebih dekat, yoongi hyung memang mempunyai kulit yang putih dan bersih. Cantik pulak tu.

"Jimin banyak ceritakan tentang awak pada saya. Tak sangka saya dapat jumpa dengan awak. Kata jimin awak ada anak?" Jelas yoongi.

"Ye, saya ada an——"

"Ouh, anak luar nikah tu heh!" tak terasa suara eunha begitu kuat sehinggakan orang lain turut memandang taehyung. Begitu juga dengan lelaki yang sedang berborak dengan jimin.

"Hah, anak luar nikah! apa yang awak katakan ini eunha." tanya yoongi.

"Eh, kau tak tahu ke? yoongi.. dia ni bukanya kahwin pun. Anak yang kau kata tu, anak luar nikah. Dia lahirkan budak tu memang tak ada suami pun." Ujar eunha dengan lantang sekali. Membuatkan taehyung tertunduk. Apa taknya semua orang pandang ke arahnya.

"Dia ni kesian sangat, meminta simpati orang lain. Kadang-kadang dia saja je nak goda jimin oppa!" kata eunha. Yoongi tidak berkata apa apa melainkan hanya menatap taehyung yang lagi tadi tertunduk.

"Dahlah, hidup macam apa. Then mintak simpati orang lain. Perosak hubungan orang pula——" tanpa berlengah lagi aku bangun dan berjalan pergi. Menarik lengan jaehyun untuk pergi bersamaku.

"Apa kau ni.. tak baik tau cakap macam tu dekat dia. Kalau ye pun jagalah sedikit perasaan dia." Ujar jackson.

"Eh,betulah dia memang ada anak luar nikah. Apa yang salahnya aku cakap."

"Memanglah benda tu fakta. Tapi setiap orang ada masa silamnya sendiri. Tak boleh ke kau tak berdengki dengan dia untuk satu hari sahaja. Kau pernah ke? lalui apa yang dia lalui. Cakap jangan sebarang cakap, kalau tak nak terkene dekat batang hidung sendiri. Kau macamlah sempurna sangat, macam tak pernah buat dosa pulak! Jangan sibuk nak judge orang..  kalau kau pun lebih kurang sama je." Ujar hyungsik. Manakala Eunha hanya mendiamkan diri. Disudut yang jauh, lelaki itu berasa terkejut dengan kehadiran pemuda manis tadi bersama anak kecil.

"Taehyung-ah.."
gumam lelaki itu terdengar seakan lirihan yang perlahan.

;

"Taehyung!"
Teriak jimin dari jauh. Aku menghentikan langkahku lalu menoleh ke arah jimin yang belari ke arahku.

"Jimin-hyung!"

"Tae, kenapa pergi macam tu."

Aku hanya mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah jaehyun yang berada dalam genggamanku.

[𝐂] 𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐚𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now