26. Help..

790 57 5
                                    

Jungkook tak berhenti memujuk jeongguk yang menangis terisak-isak. Anak itu masih memanggil-manggil nama sang ibu.

"Jeongguk, daddykan ada kat sini.."

"Gukkie nak mommy!"
ucap anak kecil itu. Sejak perginya rose dari mereka berdua. Jeongguk banyak menyendiri, dan jungkook juga tak tahu harus bagaimana dengan anaknya.

"Nanti kita jumpa mommy ye!" pujuk jungkook. Anak itu tetap mengelengkan kepalanya.

"Nak sekarang! hiks.. pleaselah daddy! gukie nak ikut mommy!"

"Gukkie, duduk dengan daddy je ye."

"Daddy bukan ayah kandung gukkie."
Jungkook terdiam. Sebenarnya dia terasa nak ada anak sendiri. Umurnya bukan lah muda lagi. Dia juga memerlukan seorang zuriat dan penerus dalam keluarganya. Terlebih pula dialah yang menyambut kehadiran jeongguk walaupun dia tahu jeongguk itu bukanlah anak kandungnya.

Tetapi dia tetap menyayanginya. Kerana faktanya jungkook mahukan seorang anak dari benihnya sendiri. Andailah saat itu dia berkahwin dengan taehyung.. pasti mereka akan dikurniakan anak selucu jaehyun.

Tapi sayangnya, jaehyun tidak menyukainya. Bagaimana nanti..
jika dia berkahwin dengan taehyung. Pasti anaknya menentang habis-habisan.

"Gukk—

"Kau bagi jelah budak ni pada mak dia yang tak guna tu. Bingit telinga aku dengar dia melalak je!"

Wanita paruh baya itu menatap tajam pada jeongguk. Anak itu yang tadi menangis terus terdiam begitu takut denganya.

"Ma.."

"Hantar je dia! aku meluat.. buat apa bela budak bukan cucu kandung aku!"

Jeongguk diam menunduk sedih. Akhirnya jungkook membuat keputusan untuk serahkan jeongguk pada rose. Dia tahu wanita itu berhak untuk memiliki anaknya. Sedangkan dirinya bukanlah siapa-siapa kepada jeongguk.

Melepaskan jeongguk bukanlah hal yang mudah. Terlebih pula, jungkook banyak mendidik jeongguk dibandingkan rose yang sibukkan kerjayanya sampaikan lupa dengan anak mereka.

Jungkook menatap jeongguk yang terlihat sangat rapuh. Tidak sampai hati ingin menjauhkan seorang anak dengan ibunya. Walau roselah orang yang dah buat dirinya berpisah dengan taehyung tetapi dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam pada wanita itu.

Grep!

Jungkook menarik jeongguk dengan erat. Memeluk tubuh kecil dengan penuh kasih sayang. Berat hati dia ingin melepaskan jeongguk bahkan dia telah pun menerima jeongguk sebagai anak kandungnya.

Tetapi apakan daya kebenaran tidak memihaknya. Terlebih pula, ibunya tidak menyukai jeongguk setelah mengetahui kebenaranya tentang jeongguk.

"Maafkan daddy.. maaf kerana telah memisahkan gukkie dari mommy.."

"Daddy janji esok daddy akan kembalikan gukkie pada mommy. Maaf kerana menjauhkan gukkie dengan mommy."

"Gukkie daddy sayang dengan kamu nak." Jungkook memeluk erat tubuh anak kecil itu. Walau dia dengan jeongguk tiada pertalian darah tetap sahaja dia membesarkan.

"Gukkie juga sayang daddy.. kembalilah dengan mommy seperti dahulu.." gumam jeongguk perlahan. Tiba tiba sahaja membuatkan jungkook terdiam. Dia tak boleh kembali dengan rose. Kerana saat ini dia sedang cuba mengejar cintanya kembali..

Doakan sahaja supaya jungkook berjaya menawan hati taehyung seperti dahulu walau tak semuda dahulu kala.

Tapi jika taehyung merelakan dia pergi, maka dia tiada pilihan melainkan membiarkan cari kebahagiaan. Jungkook pasti akan baik-baik sahaja. Kerana cinta tidak boleh dipaksa.














[𝐂] 𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐚𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu