03

299 82 170
                                    

"  aku bodoh sebab abaikan kau "
- KTH -


Taerin memasuki rumah taehyung dengan selamba . Bukan bermakna dia tidak mempunyai adab tetapi ibu taehyung sendiri yang menyuruhnya berbuat demikian . Katanya ' anggap je rumah ibu macam rumah taerin ' . Begitulah gamaknya .

Mak mertua memberi kebenaran hijau tau . Kalian ada ke ? Saje tanya .

" Bu , teh ada teh ? " ibu menjawab persoalan taerin dengan menggelengkan kepalanya . " Dia baru sahaja keluar . Katanya nak belajar dengan mee tu " ujar ibu taehyung . Taerin mengganguk menandakan dia faham bahawa taehyung sudah keluar bersama yoomi .

Pelik bukan mengapa ibu taehyung memanggil yoomi itu mee ? Maklumlah mak mertua taerin tidak menyukai kehadiran yoomi sendiri . Kini terbentuklah kumpulan menentang teh dan mee iaitu ibu taehyung dan taerin !

" Bu , share lokasi mereka . Rin nak kacau ehe " taerin memberikan senyuman bermakna . Jelas sekali dia sedang merancang sesuatu untuk mengacau taehyung dan yoomi . Lantas , ibu taerin menghulurkan telefon bimbitnya .

Taerin melompat kegembiraan . Kini , rancangannya tinggal selangkah sahaja untuk berjaya . Siapa sangka ibu taehyung begitu menyayangi anaknya sehingga memasang alat pengesan keberadaan anaknya dimana sahaja dia berada .

Taerin meletakkan kembali telefon milik ibu taehyung di atas meja makan . " Terima kasih ibu emuah " flying kiss diberikan lalu dirinya bingkas bangun dan memulakan langkah menuju ke pintu utama . Ibu taehyung juga sempat berpesan . " Kalau boleh huru harakan pun takpe , ibu restu " .

•  •  •  •  •  •  •  •

" Yo , kawan ! " bahu taehyung ditepuk perlahan oleh taerin . Kini sudah terang lagikan bercahaya bahawa muka taehyung dan yoomi begitu terkejut akan kehadiran taerin . Taerin ? Taerin lantas duduk di sebelah taehyung dan menyengih sahaja .

Bukan itu sahaja , jelas juga bahawa yoomi tidak menyukai kehadiran taerin kerana taerin dapat melihat dengan telat dan jelas bahawa yoomi menjelingnya sebentar tadi .

" Kau ? Macam mana kau boleh ada dekat sini ? "

" Ehem ! ibu sendiri suruh aku datang dekat kau . Suruh teman katanya . Dah kalau ibu cakap macam tu memang la aku ikutkan je " jelas taerin bagi mempertahankan dirinya . Taehyung mengetap bibirnya . Sungguh dia terasa bahawa dia diperlakukan seperti anak kecil . Tapi jika itu permintaan ibunya , dia terpaksa akur .

" Kau tu anak intan payung ibu . Mana la dia tak risau , kau ni " kata - kata taerin tergantung sepi . Taehyung kembali memandang ke arah yoomi . Begitu juga yoomi . Ikutkan hati taerin , ingin sahaja dia menyelamkan muka yoomi di dalam laut biar mati lemas . Geram dibuatnya !

" Tae , marilah sambung latihan tadi " taehyung mengangguk . Taerin menggulingkan anak matanya . Nada yang digunakan yoomi benar - benar jelas kedengaran manja . Suasana menjadi sepi . Taerin hanya melihat tingkah laku dua manusia yang sedang belajar bersama .

Kini , taerin terasa dirinya sebagai tungguk sahaja disitu . Mula datangnya idea nakal untuk meriuhkan sedikit suasana yang sepi itu .

" Tae--- " pinggang taehyung dicucuk oleh taerin berulang kali .

" Aduh kau nak apa ?! " nada tegas taehyung membuatkan bahu taerin terhinjut sedikit . Terkejut sungguh taerin dibuatnya . Selamat taerin tidak mempunyai penyakit jantung , jika iya habis dia mati kerana serangan jantung akibat nada tegas taehyung itu .

" Halah benda macam itu pun nak marah . Jom bergambar ! " taerin mengeluarkan telefonnya dan tangan bersedia untuk menangkap gambar mereka .

" Buang masa jela rin " taehyung menolak tangan taerin dan kembali memandang yoomi dan buku latihannya . Taerin terkedu . Ini ke taehyung yang dia kenal dahulu ?

Akibat geram , taerin mengajukan tangannya seperti ingin menumbuk taehyung tapi dia benar - benar melakukannya tetapi lain pula jadinya . Tangannya terlanggar bekas minuman taehyung yang masih tersisa bakinya . Air tersebut dengan tidak sengaja tertumpah ke buku latihan yoomi .

" Weh , weh ! aku minta maaf " taerin kini menjadi cemas . Risau di dalam dirinya membuak - buak . Dia risau jikalau nota yang mereka berdua usahakan tadi hilang begitu sahaja kerana angkaranya yang tidak sengaja itu .

Suasana menjadi hening apabila taehyung bertindak kasar . Digenggamnya tangan taerin dengan kuat . Pandangan orang sekeliling diabaikan oleh taehyung malah matanya kini hanya menikam anak mata taerin .

" Kalau dari awal tadi kau tak menyibuk dekat sini , aku rasa benda ni tak jadi , kim taerin ! " taehyung memperkemaskan genggamannya .

" Sakit lah tae ! " taerin meronta - ronta tangannya dengan kuat . Yoomi pula menarik lengan taehyung untuk mencegahnya berbuat lebih daripada itu . Tapi daripada gaya yoomi menolong , dia hanya memegang lengan taehyung bukan menariknya .

Dasar perempuan yang berniat sesuatu . Mesti ada udang di balik batu ini .

" Sakit ?! Sakit kau je kau fikir ? Sakit hati aku kau ada fikir ke ? Dah lama aku simpan geram aku dengan kau perempuan . Jangan melebih ! " taehyung dengan pantas menghayunkan tangannya ke arah muka taerin .

Tetapi pergerakan tangannya terhenti apabila melihat air mata taerin jatuh dengan deras dipipinya . Matanya tidak berkelip sama sekali memandang taehyung . Taerin tergamam . Ini bukan taehyung yang pernah dikenalnya dahulu .

" Jangan telefon aku . Jangan mesej aku . Jangan jumpa aku . Jangan pernah kenal aku lagi kim taehyung " taerin menuturkan kata katanya satu demi satu dengan nada yang berbaur perasaan geram dan sedih . Lantas dia melarikan diri . Dia terasa dirinya benar - benar lemah di hadapan kim taehyung , pencuri hatinya .

" R--rin " taehyung jatuh terduduk . Dia melihat tangannya sendiri . Tangannha mengigil kuat .

" Tae , awak okay tak ni ? " soalan yoomi diabaikan . Tanpa disedari , air mata taehyung jatuh ke pipinya setitis demi setitis .

' Apa yang aku dah buat ni ? '

 [ C ] SORRY 》KTH Where stories live. Discover now