15

440 50 57
                                    

" Kau , aku dan cerita kini hanyalah kenangan "
- KTH -

Surat itu dibuka perlahan - lahan oleh Taehyung . Matanya dikecilkan untuk membaca isi surat tersebut .

______________________________________

From your lovely cutie friendly and beautiful friend , Kim Taerin

Hai , Kim Taehyung . Mungkin masa kau baca surat ni aku dah tiada lagi di dunia . Tapi percayalah hati aku sentiada hidup untuk kau . Maafkan aku sebab aku merahsiakan sesuatu yang tak sepatutnya aku rahsiakan .

Taehyung , aku menghidap penyakit barah hati . Pada awalnya penyakit aku hanya tahap 2 semasa kita baru menjejaki dunia sekolah menengah . Aku rasa pekara itu tak penting jadi aku biarkan sahaja . Aku juga berfikir bahawa penyakit aku boleh sembuh melalui rawatan terapi .

Tapi sangkaan aku salah , Tae . Siapa sangka rawatan yang aku jalani selama ini sia - sia sahaja . Tidak berkesan rupanya hehe . Mungkin ini sudah tertulis dalam hidup aku kan , Tae .

Sejak kita bergelar pelajar tingkatan lima , aku mula tahu yang hidup aku tak lama sejak aku kemalangan pada hari itu . Ingat lagi tak , tae ? Doktor ada bagitahu aku yang aku dah sampai tahap akhir . Jadi , apa yang kita boleh buat kan hahahahaha .

Jadi aku rancang segala - galanya . Maafkan aku , Kim Taehyung . Aku tak ada niat langsung untuk lukakan hati aku apatah lagi tipu kau . Aku terpaksa . Aku nak bagitahu kau tapi selepas kedatangan Yoomi dalam hidup kita , aku batalkan niat aku .

Aku sakit Tae , sakit . Rasa sakit aku hilang lepas aku jumpa orang yang aku sayang Tae . Aku gembira jumpa kau , tapi kau ?

Kita dah buat macam - macam janji tapi sekali pun kau tak pernah tunaikan . Aku buang ego aku . Cukup tengok kau bahagia , aku tumpang bahagia , Tae . Kau cinta pertama dan terakhir aku . Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku , Kim Taehyung .
______________________________________

Air mata Taehyung mengalir dengan deras tanpa henti . Dia masih tidak percaya bahawa Taerin sanggup merahsiakan hal penting daripadanya semata - mata inginkan dia bahagia bersama Yoomi .

Surat itu didakap kemas oleh Taehyung . Menyesal kini sudah tidak berguna . Kata - kata juga tidak mampu mengungkapkan rasa sedih , kecewa , dan marah dalam dirinya . Ketukan diluar biliknya dibiarkan . Kini , hanya penyesalan yang dia rasa .

Sakit .

' Perasaan ini hadir tanpa aku undang . Aku bodoh sebab abaikan kau . Aku buta disebabkan cinta . Maafkan aku sebab aku memungkiri janji kita buat dahulu . Aku hilang kau tanpa aku sedar . Aku yang jauhkan diri daripada kau . Maafkan aku , Kim Taerin '

Sorry .

- the end -















Finally tamat pun huehue . Amacam okay tak fanfiction kedua sya ni ? Adakah anda berasa sedih ?

Maklumla first time buat sad fanfiction . Btw thankyou to strayhanjisung  sebab buatkan cover fanfiction sya yang noob ini . Iloveit ♡ Pergi follow dia dan baca karya dia dijamin tidak akan kecewa .

JEMPUT BACA FF BARU SYA

Harap korang support fanfiction ketiga sya ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harap korang support fanfiction ketiga sya ni . Tak lupa juga jemput la singgah profile sya and check hasil karya sya yang lain but tak completed lagi ehe .

Last , thankyou sangat support fanfiction ini . Ipurpleyou guys .

Do you purple me ?

 [ C ] SORRY 》KTH Where stories live. Discover now