SM. I

6.9K 573 175
                                    

keep vote and comment to show your support.
iappreciate tysm ♡. lagu diatas sebagai ost fanfic ni, monogram - the child

+ fanfic ni dah tamat, vote dan comment anda saya harapkan sebagai tanda menghargai karya ini 😭✊

+ this fanfic wrote in lowercase.

————————————

Daewon Foreign Language High School.

satu sekolah gempar kerana memo besar-besaran di tampal pada papan kenyataan sekolah menengah itu. senarai kedudukan pelajar yang telah habis menduduki ujian semester pertama.

 senarai kedudukan pelajar yang telah habis menduduki ujian semester pertama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Ahn Arim안아림

memang tidak meleset sangkaan semua pelajar sekolah, gadis itu selalu mendapat tempat teratas setiap kali ujian. siapa yang tak kenal arim, bijak, cantik, ramai kawan, baik, kaya, keluarganya pemilik Hwi Corp. syarikat penghasilan kereta. apapun dipandangan mata semua pelajar sekolah itu, arim sempurna.

arim di sekolahkan di sekolah itu, untuk belajar bahasa asing, ambil sebagai subjek tambahan. alasan ayahnya supaya anaknya itu mahir berbahasa. cita-cita arim adalah saintis.

"saya, euna kim. akan mengalahkan arim dalam exam next semester!" semua dikejutkan oleh satu jeritan oleh euna. saingan arim, walaupun selalu kalah, tetap juga tak mau mengalah.

"yelah tu euna..." arim hanya lalu depan euna. tak patut dilayan dia ni. sama sekali arim tak pernah anggap euna sebagai saingannya, sebaliknya hanya rakan sekelas.

---

[ ARIM POV ]

selesai sahaja pembelajaran physics oleh jaesuk-ssaem. diganti oleh kwangsoo-ssaem untuk mengajar subjek bahasa Inggeris. sebenarnya, aku tak suka sangat bahasa Inggeris. susah bagi aku, sebab aku tak minat. ditambah lagi dengan guru yang mengajarnya itu, hmm tak nak lah aku komen.

handphone dikeluarkan dan letak bawah meja, dekat laci. handsfree dipasang. pasang lagu ensiti lagi bagus daripada dengar cikgu tiang jemuran ni membebel entah apa.

[ END POV ]

"hari ni cikgu last mengajar..." belum habis cikgu kwangsoo bercakap, semua pelajar kelas 4-A itu bersorak gembira.

"yeay... lepas ni takpayah lagi belajar inggeris!" bersorak gembira si hendery, ketua kelas.

"hooray!! " disahut pula oleh jeno. berjimba dia sampaikan naik atas meja.

"class shut up please!" terus diam satu kelas, laju jeno turun dari meja. "siapa kata tak belajar inggeris lagi?" terus sentap mereka satu kelas.

"akan ada guru ganti nanti yang ajar kelas kamu." lepas cakap cikgu kwangsoo keluarkan buku, "esok dia akan start mengajar!"

lepastu pembelajaran dimulai, arim tak pedulikan kelas. sangkanya tiada apa yang berlaku. sibuk dia sumbatkan handsfree dengar lagu ensiti.

"dalam masa sebulan lagi, akan ada ujian lisan bahasa inggeris. semua skrip mesti dalam inggeris. jadi, cari pasangan kamu. dua orang setiap kumpulan untuk berlatih. topic bebas, nak cakap pasal hobi, cita-cita, atau apa-apalah ... "

arim hanya tak peduli, dia buat latihan fizik sambil dengar lagu ensiti.

"arim... ahn arim!" kawan sebelah arim panggil dia. chenle, gumpalan kertas dibaling terkena pipi arim.

handsfree dia lepas, kening diangkat tanda 'apa?'

"kau dengar tadi tu?" soalnya chenle. arim geleng dan angkat bahu, dia tak kesah. dia tak suka subjek bahasa Inggeris, tau kenapa? sebab dia tak suka cikgu kwangsoo.

"arim! chenle! apa kamu bincangkan tu?" terkejut mereka berdua. terus geleng kepala mereka berdua.

"tulis nama kamu dan hantar dekat dery!" akur mereka dua. lepastu isi sticky notes tertera nama sendiri dalam balang.

pembahagian kumpulan pun dimulakan. semua pelajar kelas itu menulis nama atas sticky notes masing-masing. hendery selaku ketua kelas, isi semua sticky notes dalam balang kecil dan dirombakkan.

hendery ambil dua gumpalan kertas, dan buka.... lama sudah berlalu nama arim belum dipanggil. risau juga dia, harapnya dia sekumpulanlah dengan classmate yang pro inggeris.

"ahn arim!" hendery sebut nama arim akhirnya . "pasangan arim ialah..... " gumpalan kertas dibuka,

"na jaemin!"

terbeliak mata arim. dia sekumpulan dengan jaemin. lelaki sekelasnya yang hampir sama otak dengannya. sama-sama tak pandai bahasa inggeris. entahlah apa jadi nanti!

➳❥ tbc

[I] Sir. ✔Where stories live. Discover now