SM. XX

2K 306 121
                                    

esok hari, arim naik bas yang sama di stesen bus stop Hyehwa itu. arim duduk belakang sekali, tepi tingkap.

bas berhenti kerana ada penumpang bertambah. seorang lelaki yang duduk sebelah arim. sebab semua tempat dah penuh.

arim kenal itu, sir mark.

bersama briefcase di pangkuannya, dan sibuk bermain handphone sehingga tidak perasaan akan arim.

sir mark lupa akan powerbank arim kemarin.

seperti biasa, arim akan curi pandang orang sebelah dia ni. walaupun tidak diperasankan akan dia. baguslah. tapi sir mark banyak berubah.

kacamata sudah tak pakai. pakaian kemas, mungkin dia berkerjaya. mahu tahu dia kerja apa? mark bekerja sebagai peguam bela di Mahkamah Majistret Aeryeonjeong.

dia hidup sendiri di bandaraya seoul ini. setiap 3 bulan ibu dan ayahnya dari canada akan datang melawatnya di rumah banglo mark.

sebenarnya, mark ada kereta. tapi dekat workshop. sudah 2 hari, jadi berakhirlah dia dengan menaiki bas setiap hari ke mahkamah.

------

tiba didestinasinya, mark turun awal dari arim. dia ke perjumpaan di pejabat bukan di mahkamah. berjumpa dengan anak guaman dia.

btw, umur mark sudah 28 tahun. seorang peguam bela muda. dulu, dia ambil course law semasa pengajiannya di canada. dia pulang kembali ke korea dan berkerjaya dia negara itu.

mark turun dari bas, tiba-tiba.

"encik, ini handphone encik tertinggal."

seorang gadis kecil berdiri di hujung pintu bas, sambil tangan dia sorongkan handphone mark.

[ MARK POV ]

aku kenal gadis ini, dengan gaya tangan yang disorongkan.

seperti gaya ahn arim yang selalu sorong tangan untuk minta handphonenya dulu.

sah, ini dia ahn arim yang dulu. cuma, dulu dia rambut pendek paras atas bahu. sekarang rambutnya sudah panjang.

"encik??" lamunan aku terhenti kerana dia memanggil.

laju tangan aku tarik pergelangan tangan dia dan bawa keluar dari bas.

dia kebingungan. "sepatutnya encik ambil handphone encik, bukan ambil saya." dia cuba untuk naik balik dalam bas.

aku tahan lengan dia supaya dia tidak naik.

"hoi nak naik kah tidak!" jerit pemandu bas.

aku tarik arim dan dia keluar. "pakcik jalanlah." lepas itu, bas itu teruskan perjalanan.

"arim, kamu ahn arim kan?" soal aku. tangan aku masih genggam pergelangan tangan dia.

dia menunduk dan, angkat kepala. "sir mark, masih ingat saya?"

aku angguk, dan lepaskan genggaman tangan dia. malulah wei. "mulai sekarang, saya bukan lagi sir mark kamu, dan kamu bukan lagi anak murid saya."

dia kebingungan lagi, comel. mahu saja aku cubit pipi dia.

"apa maksud sir—"

chup

dia tutup muka dia dengan dua tapak tangannya, tidak mahu kena lagilah itu. malulah itu, "eee apa sir ni, main cium—"

chup

dahi dia jadi sasaran.

"dulu sir sendiri yang cakap tak mahu dengan anak murid— "

kata-kata arim terhenti. kerana aku peluk dia.

"from now on, you're not my student anymore."

➳❥ tbc

[ END POV ]

aduh seyes malu tulis cringe part cam ni eventho bagi jung scene ni tak seberapa 😁 tak mau tulis lagi nnti terlebih cringe.

[I] Sir. ✔Where stories live. Discover now