SM. II

3.7K 453 108
                                    

lepas dari kelas, kira-kira dalam jam 2 tamat persekolahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

lepas dari kelas, kira-kira dalam jam 2 tamat persekolahan. arim sambung study ke pusat tuisyen dia yang terletak taklah jauh sangat dari sekolah. jalan kaki sahaja sudah sampai.

dia berjalan kaki ditemani kawannya, hwang renjun, yoon dain, dan lalisa manoban. mereka ke kelas tuisyen Gary-ssaem, untuk study chemistry.

tiba di sana, kelas tuisyen itu belum didatangi pelajar yang lain. ada jugalah, pelajar sekolah lain yang ambil kelas tuisyen dengan gary-ssaem.

tak lama selepas itu, datanglah pelajar-pelajar. bilik itu hampir dipenuhi, seperti biasa arim dan geng dia akan duduk paling belakang. tempat dia gemar, sebab bawah aircond. datang pula gary-ssaem, pembelajaran pun dimulai.

"yang yena! tolong tulis dekat depan persamaan kimia untuk pembakaran etanol." arah gary-ssaem pada pelajar sekolah lain, yena.

yena maju dan dia ada buat salah, persamaan kimia tak seimbang. "yena. ini salah, ada sesiapa yang boleh tolong seimbangkan?" pinta gary-ssaem.

arim maju, dia seimbangkan dekat unsur oksigen tu. memang susah untuk seimbangkan persamaan pembakaran alkohol. tapi, ini arim pandai. makanan dia tu kimia.

"bagus arim!" puji gary-ssaem. arim duduk balik tempatnya. tanpa dia sedar, ada mata yang perhatikan dia. pelajar sekolah lain, dia tidak tau siapa.

"changbin, kau pandang apa?" terkejut lelaki itu sebaik sahaja kawan dia, felix tepuk bahu dia. "btw, dia ahn arim. sekolah dekat daewon..."

belum sempat felix habiskan cakap dia, changbin memintas, "aku tak tanyalah!" lepastu dia alihkan pandangan dari arim dan sambung buat persamaan kimia untuk asid karboksilik pulak.

---

selesai sahaja kelas kimia, arim sudah dijemput ayahnya. baru sahaja dia hendak turun tangga,

"ahn arim!" langkah terhenti, arim pandang belakang. lelaki dia tak kenal, sekolah lain.

lelaki tu bagi buku arim, 3 buah buku. buku yang dia bimbit pada tangan nya sebelum ini, "buku saya!" arim ambil, lepastu arim lari masuk dalam kereta.

felix tepuk bahu kawan dia, "ala bro, cakap terima kasih pun takde? haha" menyindir changbin dia.

"diamlah yongbok!" changbin lajukan jalan untuk pulang.

---

esok hari tiba, kelas 4-A itu berjimba bak monyet ugauga kerana tiada guru yang masuk untuk masa bahasa Inggeris. arim dan geng-geng dia sibuk bergossip menanam bawang di meja renjun.

"pagi tadi aku lalu depan bilik guru kan, aku terdengar cikgu ganti tu ada datang hari ni." dain mulakan bicara.

"habis, kenapa tak ada masuk kelas lagi ni?" menyoal pula lalisa manoban, lisa.

dain jongket bahu, "pastu aku dengar dia dari canada."

"wow, jangan-jangan cikgu kita orang putih!" teruja renjun.

"aku dengar juga nama dia ma-- "

belum sempat dain habiskan bicaranya, pintu bilik darjah dibuka. masuk lelaki, bukan-- guru ganti itu. lelaki berpenampilan segak dengan kaca mata.

"morning class! saya guru ganti subjek inggeris!" cikgu tu senyum. perempuan kelas mula bersinar mata mereka dek kekacakkan guru ganti itu.

"mark lee. panggil sahaja sir mark." senyum lagi.

"aye aye sir ma--SA DEPANKU.." terpikat si euna kim. euna juga anak kelahiran negara barat, tinggal di Los Angeles namun berpindah ke Korea mengikut ibunya, ibunya bekerja sebagai juruteknologi makmal di hospital Saesarang, Seoul.

lepastu, pembelajaran dimulai. arim tak nak belajar, handphone dia ambil dan macam biasa, keluarkan buku lain dan dengar lagu. kali ni latihan karangan dia sambung buat.

sambil mengajar sir mark berjalan-jalan keliling kelas, terkejar-kejar mata perempuan dikelas itu sampai hampir terputus leher. memerhati guru ganti yang hensem.

tiba-tiba handphone arim dirampas dari bawah meja dan handsfree dicabut dari phone. laju buku karangan dia tutup, itulah dia tak perasan sir mark berjalan-jalan.

"sir tak suka pelajar tak fokus." sir mark ambil phone arim dan kembali ke tempat duduk guru di depan. bibir diketap, beran nya ni cikgu ganti!

pembelajaran diteruskan, arim yang geram sambung buat karangan dia. peduli apa dia dengan bahasa inggeris.

"esok, sir mahu kamu siapkan skrip lisan. hantar copy dengan sir " lepas cakap sir mark keluar kelas. "no excuse! "

"HUARGHH!" merana satu kelas dibuatnya. cikgu kali ni lain, sir mark ni betul-betullah! tempohnya satu bulan tu lagi!

arim pandang jaemin, jaemin hanya jongket bahu. apalah nasib! mahu minta tolong siapa, di kelasnya paling pro inggeris adalah euna. sudah pasti euna tak mahu bantu dia.

➳❥ tbc

eyyo sir marknya sudah keluar ehee .
keep vote and comment ♡

[I] Sir. ✔Where stories live. Discover now