SM. XIX

1.9K 293 56
                                    

6 YEARS LATER.

sudah 6 tahun berlalu, arim sudah tamat highschool. kini umur dia dah 22 tahun. masih belajar, menuntut di universiti di seoul.

di seoul, dia hidup sendiri kerana rumah orang tuanya di gangnam. setiap hujung bulan omma dan appanya akan melawat arim di apartment yang dibelikan untuk anaknya itu.

itu permintaan arim sendiri, dia mahukan hidup bebas. tanpa perlu arahan omma dan appa yang asyik suruh dia ke kelas tusiyen itulah, inilah.

dia mahukan hidup yang mengajarnya berdikari. akhirnya, ayahnya berikan kepercayaan untuk arim jaga diri di seoul. dengan syarat, setiap hujung bulan dia akan dilawati.

KOREAN INSTITUTE OF SCIENCE AND TECHNOLOGY ❪KAIST❫

yah, di situlah tempat arim kuliah, menuntut bidang astrophysics. fizik angkasa lepas. subject major adalah course itu, minor pula computer science.

------

CHANGBIN POV

di universiti, seperti biasa. pagi itu aku sudah tidak perlu dihantar oleh yeontae samcheon, bodyguard upahan appa untuk menjaga aku semasa dia highschool.

kereta BMW warna hitam itu aku pandu sendiri ke kuliah. aku ambik course computer science. bahagian coding.

satu pelajar aku kenal, dia berjalan di depan aku. bersama buku dia bimbit. aku kejar perempuan itu,

" hei perempuan baju ungu! " jerit aku.

dia menoleh, tapi pandang sekeliling dia. mungkin, dia rasa bukan dia yang aku panggil. lepas itu, dia sambung jalan masuk ke dalam universiti.

" perempuan baju ungu, beg hitam, pegang buku tajuk 100 perdebatan hebat dalam sains! "

dia menoleh, laju aku ke sampingnya.

" apa? " dia kebingungan. sah, dia tak kenal dah aku. changbin yang dulu bukanlah yang sekarang.

dulu kurang hensem, sekarang terlebih hensem!

" bersiap sedialah, " sengih aku.

dia angkat kening,

aku sapu lembut kepala dia. " bersiap sedialah sebab aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku. "

END POV

------

ARIM POV

pagi itu, aku menaiki bas ke universiti. dalam bas, handsfree dipasang dan dengar lagu zico - anysong.

kepala lenggok sana sini ikut rentak music, tiba-tiba tempat kosong di sebelah aku diduduki oleh seorang lelaki.

aku kenal lelaki ini, senyuman cuba disembunyi dan kepala di tundukkan. pasti dia sudah tidak kenal aku. sudah 6 tahun berlalu.

kini, lelaki asal canada ini duduk di sebelah aku. penantianku 6 tahun ini sudah membuahkan hasil.

dia sibuk bermain handphonenya, aku perhati dengan ekor mata. jujur, bahagia perasaan hati ini. sir mark tak banyak berubah. cuma penampilan dia lebih kemas. mungkin sahaja sekarang dia sudah berkerjaya.

tiba-tiba dia mencari sesuatu benda dalam begnya. malangnya tiada. aku tahu, itu mesti handphone nya low battery.

powerbank kepunyaan aku beri pada dia. dia ambil dan pasang pada handphonenya. jelas, perasaan syukur di wajahnya kerana handphonenya selamat tidak mati.

bas berhenti kerana aku sampai sudah di destinasi aku. aku turun dan biarkan powerbank itu dengannya. mesti dia tak dengar kalau aku minta sebab dia sumbat handsfree .

------

dalam perjalanan masuk ke kolej, ada seseorang sudah tunggu aku. lelaki itu.

yang kacau aku setiap hari, dari hari pertama masuk kolej lagi. sudah banyak kali dia menawarkan diri ingin menghantar dan mengambil aku setiap hari ke kuliah. memandangkan kami sama tempat pengajian.

bahkan, namanya sendiri aku tidak tahu. jujur, aku tidak kenal dia.

dia menghampiri aku, " morning sweetie. "

aku lajukan jalan, dan cuba abaikan.

" breakfast mahu? temankan aku? " ajak dia. laju aku geleng.

" changbin! tolong aku tengok coding css ni. " seorang lelaki lagi datang menghampiri aku--- bukan lelaki ini, kami tepatnya.

wait-- changbin?

macam pernah kenal.

lepas itu lelaki tadi kena ketuk kepala dia oleh lelaki suka kacau aku ni. " bodoh yongbok!"

tidak, mungkin aku salah orang!

END POV

➳❥ tbc

[I] Sir. ✔Where stories live. Discover now