SM. VII

2.2K 346 93
                                    

vote and comment nctzen sekalian ♡.

——————————————

JAEMIN POV

" skrip dah siap tinggal berlatih lagi belum " saja aku tipu, jujur aku tak suka cara sir mark marahkan arim-- maksud aku grup kami.

" apa pun, sir bagi lagi tempoh 3 hari untuk siapkan skrip. minggu depan sir mahu kamu buat demo depan sir. without script! " kata sir mark.

selepas itu, masa english dah tamat. sir mark keluar, waduh. habis dua masa dipenuhi dengan marah-marah nya. nampak masak muka classmate aku dibuatnya.

aku pandang arim, dia pandang aku balik. lepastu berubah air mukanya, macam nak marah. kening dah bertaut. aku hanya jongket bahu. saja, selepas itu, semua pelajar berpusu-pusu ke kantin.

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

" jaemin! " arim berlari ke arah aku bersama hendery dan jeno. depan motor aku, nak pulang. muka dia cemberut macam tadi. kalah singa betina,

" sekarang juga saya nak bincang pasal oral grup kita! "

" okay.. tapi, bukan kau ada kelas kimia ka ? " opps, terlepas cakap aku. kalau lah dia tanya dari mana aku tau ni. mati.

" cancel, "

" so, dekat mana ? "

" Daeche Cafe. seberang jalan sekolah "

helmet aku nak pakai, satunya lagi aku ambil dari tangan hendery. dan bagi pada arim, " naik lah "

" eh eh, jadi kami buang ke mana " bersuara serentak jeno dan dery dengan nada marah.

alemak, kenapa semua orang marah-marah hari ni.

tersentak aku apabila arim tarik beg aku dan bawa jalan kaki, laju kunci aku capai dalam poket dan lempar ke arah dua ekor jebon itu,

deorang dua pula mula lah menyetan. seorang kenyit mata, seorang lagi thumbs up.

END POV

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

" rasanya, topic pasal hobi bagus kan ? " cadang arim. keadaan sekarang deorang dua, dekat cafe. sambil belajar.

" tak, pasal pengalaman lagi bagus . " cadang jaemin pulak.

" cita-citalah kalau macam tu? nak ? " mencadang lagi arim.

" tak. pasal moment lah kan ? " kata jaemin.

" hm.. macam kenangan?" menongkat dagu si arim, angguk jaemin, " boleh. tapi, milky tea satu? " senyuman diberi.

" haish, " walaupun tak ikhlas jaemin ke arah kaunter dan belikan milky tea satu dan latte. lagi pula, saja dia elak muka merah padam dia dari pada dipandang arim. dek senyum arim lah tu.

" haih, adik hensem . cafe ni dah ada aircond pun kamu masih rasa panas kah." tegur pekerja perempuan itu, jaemin angkat kening, " tu muka merah tu" kata pekerja itu lagi.

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

lepas belajar, jam 4 petang. arim tunggu ayah dia di depan cafe. kemudian, datang pula jeno dengan motornya si jaemin.

helm di beri pada jaemin, dia sambut. " balik terus atau--- " dipintas kata jeno.

" arim, naik " kata jaemin dan bagi helm pada arim.

arim tolak, " gila apa. naik motor 3 orang "

garu kepala jaemin, malu dia. lepastu, helm dia beri pada jeno semula. di situ jeno perhati kecik besar kecik besar je jaemin ni. jadi pelik perangai dia.

" kenapa tak balik lagi ? " soalnya arim .

" kau balik baru aku balik, "

" baliklah sana. kejap lagi ni tunggu appa " kata arim dan duduk dekat bangku depan cafe tu.

jaemin ikut duduk, " jeno, kau belikan aiskrim kat 7e sana ! " duit dia beri pada jeno, mengarah suruh beli aiskrim dekat kedai 7e sebelah cafe tu.

terpaksa akur jeno, minta puji ni kawan dia kalau depan crush.

" eh tak apa lah jaemin, appa saya-- "

" aku beli untuk aku dengan jeno, bukan kau "

daSAr nA JAEMIN !!

➳❥ tbc

[I] Sir. ✔Where stories live. Discover now