SM. XXIV

1.9K 256 35
                                    

------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

turun dari train, arim tiba dia stesen train hyehwa itu. ada kereta mark di situ. seperti biasa, dia akan bersandar dekat kereta dia. bersama minuman dalam tin, mungkin dia beli dari vending machine di stesen itu.

"dari mana?" soal mark apabila arim sudah di tepinya.

arim membimbit beberapa buah buku ditangan, dia tunjuk buku itu pada mark. "ini dari library."

"lapar?"

"hmm."
arim angguk,
"ya."

"ayok pergi makan. saya ada nak cerita."

------

[ ARIM POV ]

petang itu, dalam jam 6 aku pergi De Amoure Cafe. makan dengan mark. katanya ada nak cerita, tapi tak pula cerita dalam kereta tadi.

"arim."

aku menoleh, sikit lagi makanan aku nak habis ni. mark pula dah habis makan makanan dia.

"tadi tengah hari, pihak keluarga yang pendakwa raya tolong itu, ada jumpa saya dekat pejabat."

"dia bawa ibu budak lelaki tu,"

"habis tu?" potong arim.

"mereka mengaku bersalah.. dah tak jadi denda hospital Saesarang untuk di tutup."

"ibu budak tu mengaku yang dia bagi biskut dekat anak dia. dia sendiri tak tahu yang pembedahan apendiks tak boleh makan 1 jam sebelum dibedah."

"lah habis. pendakwa raya Haechan tu macam mana?"

"dia tak boleh buat apa-apa. sebab dorang sendiri mengaku bersalah."

ouh, baguslah kalau macam itu. tak pening mark di buatnya. nampaknya kes ini mark yang menang. mesti banyak dia dibayar oleh doktor winwin.

"mesti banyak doktor winwin bayar awak kan?"

dia menongkat dagu, aku sudah habis makan. kejap lagi nak gerak pulang. "ada lah.. cukup untuk belanja kahwin saya dengan awak. hehe "

haish malu jadinya aku. tak terkata apa-apa aku dibuatnya.

"tahun ni saya 28 tau. sebelum umur 32 mommy saya suruh kahwin." ujar mark membuatkan aku bertambah malu.

apa dia ni cakap topic ini, bijak dia membangkitkan isu yang membuatkan muka aku jadi berubah seperti tomato busuk.

"habis tu? kahwinlah dengan mana-mana perempuan yang awak suka." saja aku berdalih.

dia sengih,

"awak tak reveal lagi hubungan kita apa kan?" aku tekup mulut ini. kurang asam punya mulut bolehnya aku terlepas cakap.

"jadi, awak mahu di iktiraflah ni yeah?" sengih dia. "apa pun saya akan tetap tunggu awak lepas belajar."

aku pandang sisi lain. malu weyh.

"mesti awak penat tunggu saya 6 tahun kan?" dia pandang aku, aku buang pandangan ke tepi. pandang pintu cafe.

dia sapu lembut kepala aku, "kali ni biar saya yang tunggu awak pula."

rasanya, tomato busuk ini akan meletup!

------

malam itu, aku, dain, dan shimyeong duduk bersama di ruang tamu. apa lagi? gossiplah menanam bawang!

"shimyeong, kau ada hubungan apa dengan lelaki tu? hehe" saja aku usik shimyeong.

"itu boyfriend dia" sampuk dain sambil pegang handphonenya, sibuk scroll instagram kali.

"kau ah, ada boyfriend tak bagi tau aku pun." saja aku merajuk kecil.

"eh eh, sendiri." shimyeong baling kusyen kecil kena aku.

kurang asam, "mana ada eh!"

"tu lelaki peguam tu apa?"

"mana ada lah."

"umur dia berapa?" soal shimyeong.

saja aku abaikan soalannya dengan tekan remote, cari saluran aku sukai.

"tua 6 tahun dari arim." menyampuk lagi si dain. dasar!

terkejut shimyeong. "wow, maknanya..." jari dia kira-kira." 28 lah tu. wow, tu dah sesuai dah nak kahwin." berapa banyak wow dah!

"merepeklah. kaulah kahwin dulu dengan lelaki tu." saja aku kacau shimyeong.

"apa salahnya jadi isteri separuh masa... sambil belajar.." kata shimyeong dengan nada usikan.

kusyen aku lempar kena muka dia. dan lari masuk bilik. sebelum perang kusyen bermula!


[ END POV ]

➳❥ tbc

[I] Sir. ✔Where stories live. Discover now