❄ B A B_4 ❄

449 17 0
                                    

YUSRI mengamati gambar keluarga yang tergantung megah pada dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YUSRI mengamati gambar keluarga yang tergantung megah pada dinding. Satu per satu wajah yang terakam dipandang. Paling melekat pada wajah Tengku Mardiya yang ketika itu berusia 20 tahun. Gambar yang dirakam pada pagi Aidilfitri 3 tahun lalu.

Memang serupa. Langsung tak ada yang tak serupa kecuali arwah Tengku Mardiya kelihatan ayu bertudung litup. Zoe, adik Camelia yang dia temui pagi tadi berperwatakan tomboy dengan gaya pakaian yang dikenakan tak ubah lelaki. Tapi tahap serupa mereka tak boleh nak dipertikaikan. Seratus peratus!

"Yus!" Satu tepukan yang singgah ke bahu mengejutkan Yusri dari lamunan.

"Apa ke benda yang kau nak cakap dengan aku, macam tak sabar-sabar sangat tu?" soal Zafrel sebelum matanya turut melekat pada wajah-wajah di dalam gambar pada dinding. Tanpa diduga hatinya disapa sendu.

"Jom kita bercakap kat luar," ajak Zafrel sambil menuju ke depan.

Yusri terus mengekori tanpa banyak soal. Tahu Zafrel tak mungkin dapat memandang gambar keluarga yang tersergam. Dia juga turut bersetuju untuk mereka bercakap di luar daripada ruang dalam. Kalau didengari Tan Sri Tengku Muzaffar, akan lain kisah kejadiannya.

Yusri labuhkan punggung ke sofa santai ruang rehat yang terletak di sudut luar rumah. Zafrel sedang terdongak wajah memandang ke langit kelam.

"Zaf, kau rasa macam mana rupa Marsya, hah? Seiras Zarief atau arwah Mardiya?"

Zafrel tersentak. Terus dia berkalih memandang Yusri.

"Apa maksud kau, Yus?"

"Pagi tadi... aku... ada jumpa sorang budak. Nak kata budak tu tak jugak. Umur dia dah 20 tahun. Kira remajalah, kan?"

"Yus?" Tercerlung mata Zafrel.

Dia tahu ada yang Yusri mahu sampaikan. Zafrel yakin ia pasti ada kaitan dengan anak bongsu Tan Sri Tengku Muzaffar yang masih dicari.

"Tapi aku tak boleh nak buat spekulasi mudah."

"Siapa yang kau jumpa? Dekat mana? Cakap dengan aku, Yus!" Tanpa sedar Zafrel mencengkam kolar baju temannya.

"Kau ingat tak aku pernah cerita pasal Camelia? Tuan punya kedai bunga yang aku belikan bunga untuk Tan Sri tu?"

"Gilfriend kau?"

"Ha'ah. Girlfriend aku. Pagi tadi aku jumpa adik dia. Tapi muka adik Camelia tu seiras arwah Mardiya."

"Jom!" Zafrel terus bangun dari sofa dan menuju ke arah tangga. Yusri segera mengejar lalu menyekat langkah temannya.

"Nak pergi mana?"

"Jumpa adik girlfriend kaulah. Aku nak tengok sendiri," beritahu Zafrel sambil menuruni anak tangga. Langkahnya kembali terbantut setelah Yusri menarik lengan.

"Aku rasa kita tak boleh nak terburu-buru, Zaf."

"Yusri!" Wajah Zafrel berubah tegang.

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap, Zaf," pinta Yusri lembut.

AYDEN AZALEA || telah terbit ❤Where stories live. Discover now