❄ B A B_5 ❄

419 19 5
                                    

BUKU tebal di tangan ditutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUKU tebal di tangan ditutup. Permukaan licin yang berbalut kemas itu diusap perlahan. Tajuk yang tertera melekat pada pandangan matanya. 76 Dosa Besar Yang Dianggap Biasa karya Al-Iman al-Fariz adz-Dzahabi.

Sungguh. Terlalu banyak dosa yang telah dia lakukan selama hayat di dunia. Sungguh Tan Sri Tengku Muzaffar tak pernah merasakan kekesalan lebih dari apa yang dia rasakan sekarang. Bertimpa-timpa langsung tak mampu ditanggung bagaikan butiran manik yang terputus tali karangan.

Sorotan matanya memandang tubuh si isteri yang terbaring di atas katil. Serentak keluhan kasar terluah melewati rengkungan. Buku di tangan diletak ke tepi sambil dia bangun dari sofa. Langkah dihayun perlahan mendapatkan katil yang terletak di tengah-tengah ruang.

Wajah ketiduran isterinya dipandang. Dada Tan Sri Tengku Muzaffar mula sesak dengan rasa hiba. Berlarutan. Langsung tak berkesudahan. Entah sampai bila rasa itu akan ada di dalam jiwa? Menguasai hati lantas menjadikan diri benar tak berdaya.

Tapi dia perlu kuat untuk isterinya. Dia perlu kuat untuk anak-anak yang masih ada.

Seketika Tan Sri Tengku Muzaffar berlalu. Kaki menghala keluar terus menuju ke sebelah kiri. Bilik paling hujung dituju. Bilik tidur yang pernah dihuni arwah Mardiya selama hari ini. Saban malam di situlah tempat dia menumpahkan rasa yang sarat di jiwa tanpa sesiapa yang tahu.

Tak siapa perlu tahu apa yang dia rasakan.

Masuk ke dalam, pandangan matanya melekat pada bingkai gambar yang tergantung megah di dinding. Tengku Mardiya yang tersenyum manis disamping Zafrel dan Zarief. Anak-anak yang dimiliki selama hari ini.

Tapi sekarang tiada lagi senyuman Mardiya untuk dipandang. Tiada lagi lunak tawa gadis itu untuk didengari.

Sudah terlambat untuk Tan Sri Tengku Muzaffar akui kekhilafan diri. Hanya kerana mereka yang mementingkan rasa di jiwa, kasih pada anak-anak yang ada di depan mata terabai.

"Dah terlambat, mama. Selama hari ni mama dan papa sibuk mencari anak kesayangan yang hilang, sampai tak pandang anak-anak lain yang ada kat depan mata. Sampai Diya dengan abang, mama papa abaikan. Sampai kita orang pandai hidup sendiri. Dan sekarang mama nak Diya ikut cakap mama? Tak semudah itu, mama. Tak semudah tu, papa."

Berderai air mata jantan Tan Sri Tengku Muzaffar jatuh ke pipi. Semua itu seolah-olah nyata berlaku di depan mata. Tengku Mardiya yang bermati-matian membantah kemahuan isterinya. Kemahuan mereka sebagai ibu bapa.

"Mardiya! Jangan nak kurang ajar. Kamu..."

"Iye. Diya tahu. Mama nak kata Diya anak mama. Tapi anak yang mama abaikan!"

"Diya... papa..."

"Dahlah, papa, mama. Diya tak perlukan papa dan mama dalam hidup Diya."

"Mama tak izinkan Diya kawin dengan budak tu!" suara Puan Sri Zarina kedengaran melengking.

Berpinar matanya memandang wajah anak gadis di depan muka. Langsung tak disangka sudah berubah tingkah gara-gara bergaul dengan budak-budak kebanyakan. Suka memberontak, dah pandai melawan.

AYDEN AZALEA || telah terbit ❤Where stories live. Discover now