❄ B A B_8 ❄

368 17 0
                                    

ZAFREL mengusap rahang yang terasa sengal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAFREL mengusap rahang yang terasa sengal. Pertama kali dia menerima tumbukan seorang perempuan. Lebih tepat lagi, tomboy. Tangan terus mengusap pipi yang pasti berubah warna. Mata terpejam rapat enggan dibuka. Kalau buka juga pasti akan terlihat gadis brutal di kerusi luar yang memandang dia dengan biji mata tercerlung.

Langsung Zafrel tak menyangka status antara mereka agak ketara berbeza petang itu. Dia yang bersila di dalam ruang sel sudah pasti digelar pesalah. Gadis seiras arwah Mardiya di luar sana adalah mangsa. Tak pasti juga mampu atau tidak untuk dia terlepas daripada tuduhan dengan bukti yang lengkap.

Mujur aplikasi WhatsApp terkunci. Kalau tidak, memang kantoi habis.

Salah dia juga sebab tak dengar nasihat Yusri. Sudahnya hari itu pertama kali bergelar penghuni sel di balai polis. Kalau sampai ke pengetahuan Tan Sri Tengku Muzaffar, memang boleh tercemar maruah lelaki itu.

"Mel!"

Zafrel buka mata. Suara lelaki itu cukup dikenalinya. Yusri yang muncul terus mendekati Camelia juga Zoe di luar sana.

"Abang Yus!" Zoe dulu-dulu mendapatkan lelaki itu.

"Zoe tak apa-apa?" tanya Yusri penuh nada kerisauan.

"Saya okey. Tu..." Telunjuk menuding ke sebelah kiri. "Dia stalk saya."

Yusri berkalih memandang dengan riak bersahaja, langsung tak terkejut. Kerana dia mampu menduga bila Camelia tiba-tiba menelefon dan meminta bantuan. Berkata ada stalker cuba ganggu Zoe siap ambil gambar tanpa izin. Kemudian diheret ke balai polis.

Itulah. Degil tahap cipan!

"Tak apa, Zoe. Abang Yus akan uruskan. Jom! Abang Yus hantar Zoe dengan Kak Mel balik," ajak Yusri sambil tangan meraih bahu Zoe yang berlapik hoodie jaket.

"Tapi dia..."

"Abang Yus akan uruskan. Jangan bimbang." Yusri berjanji.

Bagaimana cara untuk dia uruskan semua tu pun, Yusri masih tak mampu nak fikir. Dengan bukti yang jelas ada di depan mata.

Itulah. Degil! Dia dah pesan tengok dari jauh saja jangan nak mendekat. Kan dah mendapat. Betul atau tidak Zoe adalah Tengku Marsya yang dicari selama hari ni, tingkah mengintip memang menjadi satu kesalahan.

"Pastikan dia kena penjara 6 bulan, atau denda 2000 ringgit atau kedua-duanya sekali," sebut Zoe sudah gaya seorang peguam.

Terkejut Zafrel yang mendengar. Tapi matanya masih tertutup, dua tangan tetap bersilang di dada. Gaya orang bertapa, langsung tak sesuai dengan imej diri. Tapi tak boleh dinafikan dia memang bersalah. Paling penting, rahang masih terasa sakit kena penumbuk.

Merasakan ruang balai kembali aman, barulah Zafrel buka mata. Sudah tiada gadis brutal di luar sana yang memandang dia macam nak ditelan hidup-hidup. Seketika keluhannya terluah panjang.

AYDEN AZALEA || telah terbit ❤Where stories live. Discover now