❄ B A B_1 0 ❄

435 14 3
                                    

ZOE tegak berdiri di halaman rumah peninggalan arwah Encik Abdullah dan Puan Melati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZOE tegak berdiri di halaman rumah peninggalan arwah Encik Abdullah dan Puan Melati. Dikelilingi bunga-bunga yang kembang mewangi. Tak kurang lebah penghisap madu yang riang berterbangan. Namun pandangan matanya terlontar pada bumbung merah sebuah rumah agam yang terletak di hujung jalan sana. Berjarak lebih kurang 1 kilometer.

Entah kenapa semakin dipandang, makin jiwanya merasakan sesuatu. Memang Zoe tak faham walaupun jenuh berfikir. Kenapa dia cukup tertarik dengan rumah tu?

Sebab besar? Mewah? Cantik? Sebab tuan rumah orang have-have?

Tapi dia bukan perempuan mata keranjang. Jadi apa masalahnya? Kenapa dadanya rasa berdebar-debar? Sebab esok dia akan bertemu dengan lelaki yang menghuni rumah itu? Atau mungkin dia akan jadi menantu rumah sana?

Biar betul? Abang Yus kata bakal Encik Bos dia dah kahwin.

Tapi lelaki boleh kahwin empat apa?

Maknanya dia sanggup jadi perampas suami orang?

Oh no! Never!

Ah! Whatever.

Esok akan tiba jua untuk menjawab setiap persoalan. Mungkin dia berasa pelik-pelik dan bukan-bukan sebab dah terlanjur plan nak crush dengan Encik Bos kalau lelaki tu hensem. Lelaki bergelar suami orang.

Memang sah kepala otak dia dah tak betul!

Hud jaket ditarik menutupi kepala padahal snapback cap sedia dikenakan. Itulah fesyen kegemaran Zoe kalau keluar dari rumah. Keluar untuk kali ke berapa? Sepuluh? Sebelas? Hurm... lebih banyak berkurung sebenarnya. Lebih baik dia bertapa. Banyak benda yang boleh dibuat. Contoh, layan Kdrama sampai lebam.

Tangan menutup pagar halaman. Baru saja langkah mahu dibuka, satu suara kedengaran memanggil. Cik Bos Jasmine Florist sedang bercekak pinggang di seberang jalan.

"Where are you going?" Camelia bertanya dari kejauhan dengan tingkah yang cukup serasi. Tangan bercekak di pinggang. Memang gaya lady boss siap speaking London lagi.

"Joging," sahut Zoe sepatah sebelum hujung lidah digigit. Hailah! Macam tak ada alasan lain?

"Jangan nak mengarut, adik. Tak cukup lagi 2 kilometer lari atas treadmill?"

Kan? Tak logik betul alasan dia. Kaki pun masih terasa lenguh. Zoe garu kepala mencari idea dan alasan. Kalau kata nak pergi ke Book Cottage, dah sah-sah haluannya bertentangan.

"Adik nak pergi ATM ambil duit. Kata petang nanti nak pergi shopping." Terpaksa juga dia berterus-terang, dah tak boleh kelentong. Kerana dia seorang manusia yang jujur. Gitew!

Tapi melaung saja, malas dia nak ke sana walaupun jalan yang memisahkan mereka bukan sejenis yang dilalui kenderaan. Hanya penghuni di kawasan perumahan itu yang menjadi pengguna. Kadang-kadang jadi port budak-budak bermain bola.

AYDEN AZALEA || telah terbit ❤Where stories live. Discover now