❄ PROLOG ❄

416 9 0
                                    

"BUDAK sial! Oi! Kau pekak ke aku panggil ni? Oi! Kau memang kan, nak suruh aku naik hantu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUDAK sial! Oi! Kau pekak ke aku panggil ni? Oi! Kau memang kan, nak suruh aku naik hantu. Hoi!" Jihah menjerkah kuat serentak lengan Azalea direntap kasar.

"Kau nak apa? Tak payah... kacau aku. Aku nak balik." Hampir tergagap Azalea berkata-kata. Buku teks di tangannya semakin erat didakap.

"Kau ni dahlah bawak sial. Menyakitkan hati pulak. Tak dengar ke aku panggil?" Jihah menolak kuat bahu Azalea. Nyaris gadis itu jatuh ke belakang kalau tak ditahan temannya.

"Kau dah kenapa, Jihah? Suka sangat nak buli Lea." Dayah menjawab lantang. Tubuh Azalea ditarik ke arahnya demi menjauhi Najihah and the gang.

"Kau diam, Dayah. Tak payah nak masuk campur dalam urusan aku. Ke kau nak melekat sial budak ni jugak?"

"Hey!"

"Dayah. Dah. Kau pergi balik."

"Lea?"

"Pergi balik." Azalea menolak tubuh Dayah supaya meninggalkan tempat itu. Dia lebih rela dipukul bersendirian daripada Dayah terbabit sama.

"Lea?"

"Kau balik!" Kroni Najihah menjerkah kuat dengan telunjuk menuding.

Dayah terhembus nafas kencang.

"Okey. Aku balik sekarang. Aku nak pergi report Tok Omar. Biar padan muka kau." Dayah sempat mengejek namun niatnya terbantut.

"Sekali kau bagitahu tok aku, lunyai kawan kau ni aku kerjakan." Najihah mengugut pula sambil tangannya mencengkam belakang kepala Azalea.

"Beranilah kau report. Esok kawan kau ni siap kena tanam. Dah mampus!"

Dayah ketap bibir menahan rasa. Sungguh dia tak punya daya nak membantu. Hanya memandang isyarat Azalea supaya dia pergi dari situ. Tetap Dayah terkaku menjadi saksi bisu ketika tubuh temannya diheret ke belakang pagar sekolah.

Kalaulah dia punya kekuatan.

"Jihah... kau nak apa? Tolonglah... jangan buat aku macam ni. Aku... tak kacau kau pun." Azalea sudah menangis tersedu. Dia hanya mampu mengikut ke mana dirinya diheret. Kemudian ditolak kasar sebelum jatuh tersungkur ke pangkal sebatang pokok.

"Aku nak kau berhambus dari sini. Dari rumah tok aku, dari kampung ni. Kau tu budak sial. Cuma bawak sial dekat orang lain."

"Jihah..." Azalea sudah meraung setelah betis kanannya dipijak-pijak Najihah.

"Pasal kau, mak long aku mati. Kau ingat aku tak tahu? Kau ni dahlah bawak sial. Pembunuh pulak!" Jihah bertempik kuat. Semakin menjadi kakinya memijak betis kanan Azalea.

"Aku... tak..."

"Tak apa?" Serentak tangan Jihah melayang. Terteleng muka Azalea sebelum tersembam jatuh ke tanah keras.

"Kau tu budak sial. Memang bawak bala. Aku nak kau pergi dari sini."

"Tapi sini... kampung aku. Nek aku..."

"Suka hati nak mengaku nek aku tu nek kau. Eh! Kalau kau nak tahu, kau tu anak pungut. Kau lahir tak ada bapak. Lepas tu mak kau buang kau sebab kau anak haram. Tiber nak mengaku nek aku tu nek kau."

Azalea terpempan. Dia terkedu memandang Najihah yang sedang galak ketawa bersama dua orang teman.

"Kau tak tahu ke? Kau tu anak pungut. Orang jumpa kau bawak pergi rumah anak yatim. Lepas tu mak long aku ambil kau. Pelihara kau."

"Jihah..."

"Tak caya, tanya mak aku."

"Ak... aku anak ibu."

"Mak long aku bukan mak kau. Kau tu anak pungut. Anak haram. Bawak sial! Kau memang sial!" Najihah menjerit geram sebelum kakinya bergerak menyepak. Bertalu-talu dia menendang perut Azalea sedangkan gadis itu sudah mengerekot menahan perit.

Kali itu Azalea terdiam tanpa melawan sementelah mengaduh.

Bukan kerana dia tak berasa sakit. Hampir lunyai tubuhnya dikerjakan Najihah. Namun semua itu tak mampu mengatasi sakit yang sedang menyengat di jiwa. Sebuah kenyataan yang baru terbongkar.

Patutlah che su membenci dia. Rupa-rupanya dia bukan sesiapa.


(343 words)

*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYDEN AZALEA || telah terbit ❤Where stories live. Discover now