❄ B A B_9 ❄

416 16 0
                                    

AINA membawa piring berisi kuih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA membawa piring berisi kuih. Dia mendekati Abang Alif yang dilihat jauh termenung di kerusi batu yang terletak di bawah sebatang pokok. Piring diletak ke meja sambil punggungnya dilabuh ke kerusi sebelah.

"Abang Alif, nak kuih tak?" tegur Aina, mencari modal untuk berbual-bual.

Seminggu menjadi penghuni rumah itu, Abang Alif memang suka menyendiri, langsung tak nak bergaul.

Aina tahu tahu kenapa Abang Alif bertingkah begitu. Dia juga pernah mengalami keadaan serupa. Bukan dia saja malah kebanyakan penghuni di Rumah Pengasih Al-Ihsan telah melalui situasi yang sama. Seminggu dimasukkan ke situ hanya tahu menyendiri dan menangis kerinduan. Masih tak mampu nak sesuaikan diri dengan keadaan yang cukup asing. Sementelah mengingati diri yang telah kehilangan segala.

Hilang emak, ayah, adik beradik dan keluarga.

"Abang Alif..."

"Tak nak." Terdengar juga suara itu walaupun wajah langsung tak berkalih. Aina sudah tersenyum senang.

"Aina nak berkawan dengan Abang Alif, boleh tak?" pinta Aina lagi. Hujung jari mencubit muffin di dalam piring lalu disuap ke mulut.

"Tak nak." Masih sama jawapan yang keluar dari mulut Alif. Pandangan legat pada sawah yang menghijau di luar pagar kawasan.

"Abang Alif umur berapa?" Aina terus mencuba.

Dia bukan seperti penghuni lain yang cepat berputus asa. Tapi beberapa ketika berlalu, langsung tiada jawapan yang didengari. Aina mengeluh halus.

"Umur Aina 7 tahun. Umi kata dah 3 tahun Aina tinggal kat sini. Mak dengan ayah dengan abang Aina dah meninggal. Aina tak ada saudara mara yang lain sebab tu Aina kena hantar sini. Tapi Aina suka duduk kat sini sebab ada ramai kawan. Umi dan abi pun baik."

Krik... krik! Beriya Aina bercerita tapi langsung tiada balasan.

"Abang Alif, makanlah kuih ni. Sedap tau." Aina menolak piring lebih hampir.

Seketika Alif berkalih memandang. Aina tersenyum senang sebelum senyuman di bibirnya mati berganti riak terkejut.

Kerana wajah Abang Alif basah dengan air mata.

"Abang Alif pun... tak ada sesiapa kat dunia ni. Saudara mara..." Ayatnya terhenti sambil bibir diketap perlahan. Kemudian Alif geleng perlahan.

"Tak apa. Abang Alif tak payah sedih. Aina kan ada. Aina boleh jadi adik Abang Alif," sahut Aina bersungguh sebelum dia kembali tersenyum. Kian melebar setelah melihat Abang Alif angguk.

"Makanlah kuih ni," suruh Aina berterusan.

"Terima kasih." Alif tersenyum jua.

Belum sempat dia mahu capai muffin di dalam piring, tumpuannya teralih dengan kemunculan seorang wanita dari muka pintu pagar sambil menggendong anak kecil. Lebih mengejutkan lagi setelah anak kecil itu diletak ke tepi timbunan kotak di sebelah pagar lalu wanita tadi terus berlalu dan menghilang.

AYDEN AZALEA || telah terbit ❤Where stories live. Discover now