팙 : 6

1.9K 278 9
                                    

Day 4

Kim Taehyung

Aku sedang membelai lembut bulu yeontan si anjing kesayangan aku.

Aku dan yeontan juga sedang elok terbaring bersama di atas sofa rumah honey dengan selesanya.

" amboi sedapnya baring! Okay sekarang ni kau bangun cepat " , arah honey pada aku. Aku mengendahkan arahannya dan terus bermain dengan yeontan yang sedang elok berbaring diatas tubuh aku.

" eh cepatlah bangun! " , kata honey sambil menarik lembut tangan aku agar aku bangun dari pembaringan.

" ish kau nak apa? " , soal aku padanya dengan padangan tidak berpuas hati.

" jom tolong aku masak! " , katanya ceria. Aku mencebik sambil menggelengkan kepala tidak mahu.

" takmau! Kau pergi jelah masak sensorang— aku nak berehat ni " , balas aku padanya. Dia menayangkan wajah tidak berpuas hatinya lalu berkata,

" fine, kalau macam tu kau tak payah makan— aku masak untuk aku je " , balas honey lalu dia ura ura ingin ke dapur kembali.

" ish yelah fine! Aku tolong kau! " , kata aku mengalah. Seronok dia terlompat lompat macam budak kecik selepas aku berkata begitu.

Kenapalah aku kena duduk serumah dengan perempuan terencat ni?

•••

" fuh siap jugak akhirnya " , kata aku lega selepas selesai membawa semua lauk ke meja makan.

Selepas selesai susun makanan makanan itu dengan baik, aku pun melabuhkan punggung aku ke atas kerusi yang berada di meja makan.

Honey yang tiba dengan dua biji pinggan aku pandang sekilas.

" eh? Masak sikit pun dah penat? " , perlinya. Aku menjeling dia tajam. Sukalah tu tengok aku penat.

Suka kacau mood orang.

Nasib memasak ni agak menyeronokkan kalau tidak hm memang bad mood jelah aku sampai ke malam.

" nah makanlah " , jemput honey sambil menghulurkan semangkuk nasi putih kepada aku.

Aku mengambil hulurannya lalu aku pun mula mencedok sesudu stu kimchi buatan honey.

Hm sedap—

" sedap tak? " , soalnya pada aku yang selamat menelan makanan yang dimasak olehnya.

" tak " , tipu aku.

" k " , balasnya singkat. Aku tertawa besar dengan reaksinya yang kelakar bagi aku.

" takdelah, aku gurau je— kau masak sedap " , balasnya. Dia tersenyum kecil mendengar pujian aku.

Amboi suka ya kau.

" ha jemputlah makan lagi, makan banyak banyak " , jemputnya lagi. Aku tersenyum tipis lalu menganggukkan kepala aku tanda baik.

Tbc

" √ "  ♡ LOCKDOWN • KTHWhere stories live. Discover now