팙 : 8

1.7K 276 53
                                    

Day 6

Lee Honey

" okay sekarang kita kena serius " , aku memandang taehyung dengan wajah yang cukup serius.

Dia juga membuat perkara yang sama terhadap aku.

" okay! kita tak boleh main main lagi dengan perasaan kita " , balas taehyung.

Aku memejamkan mata aku gemuruh, takut aku ingin memulakannya.

" dah mari mulakan, jangan buang masa lagi " , kata taehyung dengan wajah seriusnya.

Aku menghelakan nafas aku.

" okay " , balas aku.

" OSOM!!! " , aku dan taehyung serentak mengatakan ayat itu.

Aku menunjukkan air dan taehyung burung.

" HAHAHAHA AKU MENANG!!! BAK SINI KINDER BUENO TU!! " , kata taehyung seronok.

Ish! Asyik dia je yang dapat!

" yes seronoknya dapat semua coklat ni! bukan macam orang tu tak dapat pape pun HOHOHOHO " , ketawa taehyung.

" diamlah kau, itu nasib je tu! Ish " , jeling aku. Menyampah betullah.

Aku pun nak jugak!

" HOHOHO BYE NAK MAKAN DALAM BILIK! " , kata taehyung sambil berlari riang naik ke tingkat atas.

Aku mencebik seorang diri kerana sedih tak dapat coklat.

Tiba tiba aku terpandang satu bar coklat cadbury yang taehyung tertinggal nak bawa naik ke atas.

" hehe rezeki depan mata fufufu " , kata aku sendiri kemudian mengambil coklat itu dan dengan senang hatinya aku makan sambil tengok tv.

•••

Kim Taehyung

Aku naik ke bilik aku untuk menyenangkan diri dan makan coklat seorang diri di dalam bilik.

Aku saje tinggalkan satu bar coklat cadbury diatas lantai untuk honey.

Kesian pulak tengok dia tak dapat apa apa, jadi aku sedekah lah dekat dia secara senyap senyap.

Ala macam mak ayah kau la, sedekah duit dekat bacathon sekolah kau dengan guna nama 'hamba allah' .

Lagi satu, aku pun tahu yang perangai dia tu hampeh— kalau nampak apa apa yang dia suka mesti dia main rembat je.

Aku membaringkan diri aku diatas katil.

Nak dekay seminggu juga aku duduk di rumah ni. Terasa dah biasa pula.

Rupa rumah aku pun aku dah tak ingat. Ha teruk sangat dah tu.

Jangan password kod rumah pun aku lupa sudahlah. Jenuh tak masuk ke dalam rumah aku sampai bila bila kalau macam tu.

Eh sekejap!

AKU MEMANG DAH LUPA DO PASSWORD KOD RUMAH AKU HSJDHSKJW.

WEH MACAM MANA NI? MACAM MANA NI?!

KENAP AKU NI PELUPA SANGAT?! OH TIDAKKKKKK!!!! EOMMA!!!!

Tbc

" √ "  ♡ LOCKDOWN • KTHWhere stories live. Discover now