팙 : 13

1.4K 240 15
                                    

Day 10

Kim Taehyung

Matahari terpancar pada wajah aku membuatkan aku terbangun dari tidur aku yang nyenyak.

Aku perlahan lahan membuka mata aku. Tersepet sepet aku cuba membukanya akibat matahari yang terus menyapa mata aku.

Buka sahaja mata aku, terus aku terlihat wajah honey yang lena tidur disebelah aku.

Aku menatapnya seketika. Comel betul muka dia waktu tidur, walaupun perangainya kadang kadang agak ganas dan kasar, tapi dia tetap comel dimata aku.

Hm apa ni tae? Takkan dah terminat jiran durjana kau sendiri kut? Hm hm.

" dah habis tatap muka aku yang comel ni? "

Hampir terperanjat aku bila honey tiba tiba sahaja sedar dan berkata begitu.

" ish terkejut aku " , balas aku sambil memegang dada aku yang sudah berdegup laju kerana terkejut.

" tulah, sape suruh bukan main syok lagi doh usya muka aku— kan dah kena " , kata honey lalu dia bangun duduk dan mengikat rambutnya yang serabut.

" aku saje je tengok air liur basi kau yang meleleh macam air terjun tu " , balas aku bagi menutup rasa malu.

" tch, engkau yang ber-air liur basi lepastu kata aku pulak " , kata honey lalu dia tertawa kecil.

Aku cepat cepat lap muka aku yang baru bangun tidur ni.

Dengan kesempatan itu, honey bangun dari katil dan mula mengorak langkah ingin keluar dari bilik.

" aku pergi masak sarapan. Engkau mandi cepat lepastu turun makan " , kata honey lalu dia pun keluar dan turun ke tingkat bawah.

•••

Aku memerhati honey yang sedang girang memasak sambil berjoget joget mendengarkan lagu oh my god by (G)I-DLE.

Suka betul ya dia.

" OH MY GOD!!! SHE TOOK ME TO THE SKY!!! SKY SKY OH YEAH!! " , senduk di tangannya dijadikan sebagai microphone.

" happy nampak? " , tegur aku terus lalu pergi le peti ais untuk mengambil boto air oren.

" eh syaitan kau melompat " , latah honey lalu dia mengetuk kepala aku menggunakan senduknya.

" aduh! Sakit bahenol! " , marah aku sambil mengusap usap perlahan kepala aku.

Dah la panas senduk tu, mau terbakar rambut aku macam ni.

" sape suruh terkejutkan aku, padan muka " , balas honey lalu dia pergi sambung memasak semula.

Bilalah agaknya lockdown ni nak tamat ya?

Tbc

" √ "  ♡ LOCKDOWN • KTHWhere stories live. Discover now