팙 : 14

1.4K 241 47
                                    

Day 11

Lee Honey

" lockdown ini akan diteruskan sehingga saya sudah bersedia untuk lepaskan anda semua keluar ya— best woo dapat hirup udara covid yang segar sambil makan aiskrim chocolate mint. Huhuew, dapat jenjalan dekat dalam mall yang takde orang— even kedai semua tertutup tapi saya tetap happy, sebab apa? Sebab saya boleh keluar anda semua di rumah tak boleh hikhok "

" cilaka betul perangai president namjom tak handsome ni, macam manalah aku boleh terfikir untuk undi dia dulu— bila tengok balik muka dia, takde lah kacak mana. Kacak lagi muka kau yeontan kan kan? " , kata aku pada yeontan yang sedang elok duduk diatas riba aku.

Yeontan pun membalas dengan suara anjingnya.

" jadi anda semua duduk jelah teperuk dirumah tu dengan jiran. Ha korang sweet sweet lah sampai kesudah pun takpe saya tak kisah. Selamat menikmati hari hari covid-19 ya semua "

" kepala hotak dia, macam mana dia tahu yang aku dok rilek sebumbung dengan jiran? " , soal aku lagi sendiri.

" kau merepek apa tu honey? Cakap sorang sorang macam orang tak betul " , tegur taehyung lalu dia mengambil tempat duduk disebelah aku sambil mengangkat yeontan untuk duduk diribanya pula.

" tak, aku bengang dengan president kita tu— sempat lagi tu dia cerita pengalaman dia bersiar siar dalam mall kosong sambil makan aiskrim chocolate mint dekat berita live. " , balas aku dengan hidung yang dikembang kempiskan.

Kesah apa aku hodoh ke tak.

" eh kome, saya terlupa pula tentang satu perkara— "

Dah muncul balik dah president koreaq selatang yang berperangai serupa alien sesat ni.

" saya akan memberi pertolongan kepada rakyat saya yang ingin berkahwin secara online. Contohnya, kiah dan ali adalah jiran, ali tidak puas hati dengan kiah kerana kiah membuang sampah di halaman rumahnya lalu ali pun pergi ke rumah kiah untuk menyerang dan memarahi atas tindakkan biadap kiah tersebut dan eh! Tiba tiba saya umumkan lockdown melalui berita live di televisyen rumah kiah dan polis pun sudah elok tercongok menjaga di hadapan semua pagar rumah yang berada di koreaq selatang ini ha tak pasai pasai ali kena duduk serumah dengan kiah sehingga lockdown ini tamat. Dan eh! Lepastu tiba tiba kiah dan ali jatuh cinta antara satu sama lain dan nak berkahwin jadi jangan risau! Saya boleh nikahkan anda semua yang mahu berkahwin melalui video call whatsapp. Ha sekarang bukan kaleng kaleng guys, whatsapp dah update tau siap dah boleh 8 orang sekali video call hikhok. Okay cau lu pape roger " , terang president taik kucing itu lalu dia menghilang.

Kenapa cerita cik kiah dan encik ali tu agak sama dengan situasi aku ni?

" kau tak rasa pelik ke dengan penerangan president namjoon tak handsome tadi tu tae? " , soal aku pada taehyung yang sedang sibuk membelai yeontan.

" um tak pun " , balas taehyung tanpa menghiraukan aku lalu dia terus membawa yeontan ke belakang rumah.

Macam something wrong je semua benda ni. Macam tak masuk akal je.

Tbc

" √ "  ♡ LOCKDOWN • KTHWhere stories live. Discover now