BAB 38|NEWLYWED 💋

2.4K 70 19
                                    

"Setiap pertemuan
membawa perpisahan,
Ikatlah dia maka tiadalah perpisahan"

___________________________________________


Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Laung Reena dari dalam.

Tombol pintu dibuka lalu Rania meloloskan diri ke dalam. Punggung dilabuhkan ke kerusi berhadapan dengan meja kerja Reena.

"Amboi kau ni, sejak dah ada suami makin lupa pula kat aku." Ujar Rania seakan merajuk. Reena meletakkan pen ke atas meja sebelum perlahan melihat ke depan. Dia tersengih seperti kerang busuk. Rania pula memutarkan bebola matanya ke atas.

"Sorry madam Rania, aku busy tadi. Janganlah marah, tak baik untuk baby...."

"Uhukk! Uhukkk!" Terbatuk Rania mendengar perkataan 'baby'. Gila perempuan ni, dia dengan Hariz pun belum tutt lagi. Lantas wajah yang beriak selamba itu dijeling.

"Owh, belum heh? Sorry. Aku ingatkan dah..." Kata Reena.

"Belum lagilah. Ape kau ingat buat anak macam buat biskut?" Begitu sarkastik sekali jawapan Rania. Reena tergelak.

"Kau dengan Hariz....belum...." Reena menyatukan kedua jari telunjuknya menandakan 'hubungan badan antara lelaki dan wanita secara rasmi'.

Rania menggeleng. Lantas lengan Reen dipukul.

Pak!

"Kau ni, agak-agaklah. Aku dengan Hariz baru je kahwin." Kata Rania. Reena menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Betul juga tu.

"Yelah-yela. Lupakan pasal tu, macam mana honeymoon? Okay?"

"Bulan madu ditunda. Hariz ada urgent meeting kat Johor." Kata Rania. Reena mengangguk.

"Patutla....belum berisi lagi..." Ujar Reena perlahan. Mujurlah tidak didengari oleh Rania.

"Kenapa kau ajak keluar ni?" Soal Rania. Tudungnya dibetulkan sedikit. Semenjak dia menjadi isteri orang ni, Rania telah pun berhijab dan mula menutup penuh auratnya. Nampak manis dan ayu sahaja Rania di depan mata Reena. Rania memang dari dulu jenis freehair, tetapi dia ada memberitahu Reena yang dia akan berhijab setelah dia kahwin sahaja. Dan sekarang Rania menepati janjinya.

"Adalah, mana boleh bagitahu. Aku dah inform Marel dengan Ayura. I need you all to help me..." Serius sahaja nada Reena berbicara.

"Aku okay je. Lagipun dah lama kita berempat tak lepak bersama." Kata Rania.

"Tahu takpe."

"Tapi siapa yang jaga baby Marel?" Soal Rania.

"Aku suruh dia bawa je. Lagipun anak buah aku tu tak banyak meragam."

"Kau bila pula?" Soal Rania. Rasanya tak salah dia tanya soalan tu.

"Aku? Entahlah Rania, perkahwinan kitaorang pun dah nak mencecah 7 bulan."

👑Mr Pilot vs Miss Diva💋[COMPLETED]Where stories live. Discover now