BAB 55|MISS U 💋

2.1K 86 14
                                    

"Setiap pertemuan
membawa perpisahan,
Ikatlah dia maka tiadalah perpisahan"

___________________________________________


PUAN MARISSA dan Puan Marina memandang sayu ke arah sekujur tubuh yang masih belum sedarkan diri. Semalam, Dilan kehilangan darah yang banyak, mujurlah Ambulance sampai cepat.

Reena juga tidak kurangnya, mujurlah kandungannya masih selamat. Apa yang mereka ketahui, hentakan yang dialami oleh Reena semalam agak kuat. Tetapi mungkin Baby di dalam kandungannya masih mahu bertahan, dan ianya memang satu keajaiban.

Manakala Rania pula setia menemani Reena. Semalam, banyak kali juga sahabatnya itu meracau dan mengigau sambil menangis-nangis menyeru nama Dilan.

Pintu terkuak dan terjengul wajah Ayura dan Marel.

"Dia belum sedar ke beb?" Marel melabuhkan duduk di kerusi yang berada di sebelah kanan Reena. Berhadapan dengan Rania.

Rania menggeleng kecil. Jelas kelihatan wajah dan matanya yang merah.

"Belum Marel. Nasib baik baby ni kuat." Ujarnya ringkas. Ayura hanya mengusap bahu Rania, menyalurkan segala kekuatan.

"Kau pula? Okay ke?" Soal Ayura lembut. Rania berpaling ke sebelah sambil tersenyum tipis.

"Aku okay, cuma aku rasa diri aku tak berguna semalam. Aku hanya mampu melihat je Yura, aku tak boleh nak buat apa-apa.." Ujar Rania dengan kesal. Air matanya menitik perlahan. Ayura terus memeluk bahu sahabatnya itu.

"Its not your fault. Linda yang ugut kau, aku tahu tu. Hariz dah ceritakan semua. Kalau aku Kat tempat kau, aku akan buat benda yang sama. Sebab kita semua tahu, sasaran Linda adalah Reena dan baby yang dikandungkan." Ujar Ayura lembut. Mendengar itu, barulah hati Rania tenang.

"Betul tu Rania. Benda dah jadi, dan yang penting perempuan tu dah kena sumbat dalam penjara." Ujar Marel. Dia dapat tahu Linda dimasukkan ke penjara pun melalui suaminya, Adrian.

"Penjara? Maksud kau dia tak dihantar ke hospital sakit jiwa?" Soal Rania hairan. Sisa air matanya disapu.

"Ye Rania, sebab kesalahan dia amat berat kali ni. Mencederakan orang. Bukan sorang tapi dua orang. Dan diorang risau, kalau perempuan gila tu terlepas lagi." Ujar Marel sambil mengetap gigi. Geram dia dengan Linda, kalau boleh nak tarik-tarik rambut je rambut Linda. Berani dia cedera kan adik ipar kesayangan dia.

"Ishh kau ni. Tak baik lah panggil dia macam tu. Dia jadi macam tu pun sebab, masalah keluarga. Dia terlalu dibanjiri dengan kemewahan selama ni.." Nasihat Ayura. Marel hanya tersengih. Rania tersenyum, baru hari ni rasa kesedihan tu kurang sikit.

Ayura mengelap muka dan tangan Reena menggunakan tisu basah. Pandangannya tertancap pada jari tangan Reena yang bergerak-gerak.

"Weyhhh, panggil Nurse..Reena dah sedar tu.." Ayura memukul-mukul bahu Marel. Marel mendecit.

"Sakit lah Yura. Kejap, aku panggilkan..."

"Auwwww..." Dengan perlahan Reena membuka matanya sambil mengaduh kecil. Rasa lenguh seluruh badan.

"Alhamdulillah kau dah sedar." Ujar Rania. Ayura hanya tersenyum.

👑Mr Pilot vs Miss Diva💋[COMPLETED]Where stories live. Discover now