4

37 1 0
                                    

Kalau nak buat muka masam kelat pun memang tak boleh kat sini.Sengih Ju'a berbunga tanpa sedar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam MPH.Ucop dan Abang Shah dengan buku rujukan ditolak tepi.Dia dah menonong melangkah ke bahagian English Fiction.Patricia Cornwell punya Predator baru keluar.Tapi Blow Fly pun tak beli lagi.Cerita di meja makan pagi tadi melintas.

Flashback

"Hari tu cakap nak beli buku rujukan dengan buku kerja kan?"

Dia mengangkat muka memandang mamanya di meja,Ju'a hanya mengangguk.

'Yes!time off dengan mama!'

"Nanti Shah tolong bawak kakak pergi MPH boleh?"Puan Husna mengalih pandangan pada Shah yang sedang membawa sudu nasi lemak ke mulut.

"Sure no hal"datar tak berperasaan Shah mengangguk.

"Tapi...."muka Ju'a yang dah scandalised semacam dipandang dengan hujung mata oleh Shah.

"Ucop nak ikut?"dengan muka seposen Ucop memandang mama dan papa.

"Tapi apa?"kening papanya berkerut merenung Shah.

"Sure,Ucop ikut kakak dengan Abang Shah"Encik Zainal beralih pada Ucop.

"Shah kena mandi dulu,busuk masam"bibirnya mengukir sengih sumbing.

Ju'a memberi jelingan maut.

'Boleh dia perli aku tengah-tengah sarapan ni!'

End flashback

Saat itu kening Shah terangkat sebelah merenung Ju'a yang laju melangkah meninggalkan mereka di pintu masuk.

"Tu kenapa pulak tu?"

Ucop hanya mengangkat bahu.

"Kakak tu memang macam tu,kalau nampak buku cerita perangai dia datang la tu"dia mendongak memandang Shah.

"Abang Shah,kita lama ke kat sini?Ucop dah lapar la"rungut Ucop pada Shah

"Laa baru sampai dah nak makan"Shah ketawa sambil menggosok kepala Ucop.Pandangannya kembali menala pada Ju'a yang sedang menarik paperback satu demi satu.

"Lama tak lama kita kena ikut mem la hari ni"

Blow Fly,Predator,Eat Cake,Under an English Heaven.....Ju'a membelek paperback di tangan satu demi satu.

'Kacau ni,alamatnya terlebih bajet ni!buku rujukan tak ambil lagi'dia melepas nafas perlahan.

'Ada yang kena letak balik ni'lambat-lambat dia berpusing nak kembali melangkah ke tempat Under An English Heaven.

"Sorry Radcluffe and you to Ray,Cornwell menang'geraknya mati sebelum sempat melangkah apabila dia mengangkat muka.

'Bila masa pulak mamat ni ada kat sini?'

Shah terpacak berdiri di hadapannya.

"Nak pergi mana?"

"Letak balik"tanpa memandang wajah Shah dia melangkah pergi.

"Kenapa?"suara Shah kedengaran mengikut dari belakang.

"Tak cukup duit"malas nak menjawab,Under An English Heaven dan Eat Cake diletak kembali ke raknya,langkah terus diatur ke bahagian buku-buku SPM.

"Abang Shah,makan jom?"Ucop menarik lengannya ke arah eskalator.

"Ucop nak makan apa?"Shah menarik senyuman segaris,pandangannya jatuh pada Ucop.

"Mi Tomyam!"Ucop sengih,pandangannya tiba-tiba terhenti pada bungkusan plastik di tangan Shah.

"Abang Shah beli apa tu?"

"Bukan Abang Shah punya,kakak punya"Shah berpaling ke belakang,Ju'a leka dengan mata terlekat pada komik Kindaichi sambil kaki melangkah.

"Najwa!"

Ju'a mengangkat muka dari muka surat Kindaichi bergaduh dengan Pak Cik Kenmochi,keningnya terangkat.

"Ni"beg plastik di tangan dihulur.

"Nak makan apa?"Shah mengalihkan pandangan ke arah medan selera.

Dahi Ju'a berkerut,'bila masa pulak dia pegang buku aku?'

"Apa tu?"huluran Shah tak bersambut.

"English Heaven dengan Eat Cake"malas Shah menjawab.

"Nak makan apa ni?"

'Huh,pekehal pakcik ni beli pulak?untuk aku ke?'

Shah mengalihkan pandangan pada Ju'a yang masih tidak bergerak.

"Nak ke tak ni?kalau tak nak abang bagi Ucop"

Ucop terkekeh ketawa.

"Mana Ucop baca buku tebal macam tu"

'Nak amik ke tak mau...nak amik ke tak mau...tak boleh tahan ni...aishhh'

"Tak nak sudah"Shah bersuara sambil mengjongketkan bahu.Huluran beg plastik di tangannya di tarik.

"Jom Ucop,kita makan"dia meraih bahu Ucop ke arah kerusi dan meja yang bersusun.

'Haila Ju'a!tolak rezeki!'Ju'a mengetap gigi sambil mendongak ke atas sebelum melangkah mengikut ke arah meja.

*~*TBC*~*

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now