9

25 0 0
                                    

Matanya meneliti fail aktiviti Orkestra Simfoni sekolah.Dah nak masuk bulan Jun,violin dah lama gantung sebab nak tumpu pada SPM.Tapi kalau dah pegang nama setiausaha tak boleh lepas tangan semua benda macam tu je.Ju'a mengeluh perlahan.

"Nak air?"plastik teh ais hampir disua di didepan hidungnya.

"Gaya anggun betul la Lin"Ju'a menjulingkan mata sebelum mengukirkan sengih.

"Memang aku minum dengan hidung,bukan dengan mulut"perli Ju'a.

Ketawa Azlin turut pecah,plastik teh ais bertukar tangan.Dia duduk sebelah Ju'a di atas tangga astaka menghadap padang sekolah.

"Banyak lagi?"pandangannya ditebarkan ke arah pasukan bola yang sedang  membuat latihan.

"Dah siap"Ju'a meregangkan tangan ke depan.

"Cepat la habis minggu ni"ujarnya separuh mengeluh.

Azlin memandang Ju'a di hujung matanya.

"Ayat tak lengkap tu"

'Ekkk?'Ju'a menayangkan muka blurnya pada Azlin.

"Patutnya'cepat la weekend,aku nak jumpa Abang Shah tersayang'kan?"selamba Azlin mengukir sengih.

"Putus fius"Ju'a menjulingkan matanya.

Plastik teh ais dihulur kembali pada tuanya.

Ada abang.....best.No.Ada Abang Shah dalam hidup memang best.Selama ni dia je yang jaga dan manjakan Ucop.Sekarang dia pula ada orang jaga dan manjakan.Abang Shah memang jenis tak banyak kira,walaupum perangai sport rim karat yang di buat dulu-dulu tu memang tak tawar habis.Tapi kalau aku dah pening dengan problem Abang Shah yang dengar.Kalau nak makan itu ini Abang Shah yang belikan.Kalau buat perangai,tersilap apa-apa Abang Shah yang tegurkan.Kalau bila-bila masa boleh buat duo piano-violin kat rumah.Kalau tengah mood sekupang Abang Shah yang sakatkan.Kalau tengah bosan,Abang Shah yang jadi sparring partner nak bertekak....bahagianya hidup ada abang macam tu,tiba-tiba teringat....

Flashback

"Abang Shah tak rasa pelik ke tiba-tiba ada adik?"soal Ju'a dengan penuh tanda tanya.

"Entah,abang suka je"Shah mengerut kening seolah-olah memikir masalah dunia.

"Having Ucop around is fun,tapi ada Ju'a memang disaster la"tambah Shah lagi.

'Padan muka kena baling dengan kusyen,nasib aku tak baling dengan music stand kat tangan'bebel Ju'a.

End flashback

Ju'a menyembunyikan senyumannya dari Azlin.

Teh ais bersambut.

"Apa kes kau dengan dia?dulu selang seminit mulut kau tak berhenti bising pasal mamat tu,sekarang dia pula yang datang melawat kau tiap-tiap minggu,ambil kau balik rumah,hantar kau balik hostel,bawa keluar outing"bebel Azlin.

Fail ditangan diletak tepi.

"Dia abang aku la Lin"

"Betul"Azlin mengangguk.

"Tapi kau tertinggal satu isu besar kat situ"dia mengakat kening double jerk.

"Abang yang boleh kahwin"

"Cekodok!aku sayang dia pun bukan sebab aku nak kahwin dengan dia"bulat mata Ju'a merenung Lin.

"Sekarang tak la,nanti-nanti esok lusa mana tau"

Ju'a menggeleng.

"Takkan"jawab Ju'a dengan pendek.

Pandangannya menala pada pemain yang berkejar di tengah padang.

"Aku sayang dia sebab dia sangat baik.Sangat baik dengan mama dan Ucop.Sangat baik dengan aku.Aku sayang dia sebab dia abang aku"

"Sangat sayang sampai gambar dia pun kau letak dalam pencil case dengan wallet dan locker?"Azlin mengukir sengih nakal.

"Asbestos sungguh la kau ni,kau buat ayat kau tu punya maksud bunyi pelik semacam petala kelapan tau tak?"bahu Azlin ditolaknya perlahan.

"Apa kau tak nampak ke aku,Ucop,mama dengan papa aku dalam gambar tu?"

"Saja test"

"Banyak la kau punya test.Test apa?Benedict?Millon?Sudan III?"satu persatu Ju'a menyebut nama kimia dalam makmal.

"Yang kau marah sangat ni kenapa?"

"Dah kau cakap benda tak masuk akal macam tu.....takkan aku nak sengih je kut"

"Agak-agak dia dah ada girlfriend ke belum?"soal Azlin dengan penuh tanda tanya.

"Entah"berkerut dahi Ju'a memikir.

'Rasanya tak pernah tanya,tak pernah disebut pun'bisik hati Ju'a.

"Biaq pi dia la kut dah ada ke belum ke apa kait-mengait dengan aku"

"Kut tetiba girlfriend dia mintak putus sebab kau ke....mana la tau"

"Itu lagi tak masuk akal tahap petala kelapan.Aku sayang dia,dia abang aku.Dia sayang aku,aku adik dia.Maka?"

"Maka...danger alert pun menyala"

"Kau putus fius la Lin"

"Kau sayang dia?"

Tanpa perlu berfikir dia dah mengangguk dahulu.

"Aku tak pernah ada abang Lin"Ju'a merenung jauh.

"Dan sayang tu bukan untuk boy-girl relationship je"Lin dipandangnya sekilas.

"Dia abang yang sangat baik,kira memang mustahil langsung kalau tak sayang dia"

"Kau sayang dia macam abang,dia sayang kau macam....?"

"Macam adik la,takkan macam anak kucing kut"

"Kalau dia sayang kau lebih dari sayang adik macam mana?"

Rasa nak terjatuh rahang ke bawah apabila dengar Lin cakap begitu.

"Yelah,sebab dia sayang kau sangat-sangat.Aku yang tak kenal pun boleh nampak"

Ju'a hanya mengangkat bahu.

"Dah tu?aku adik dia,patut kau tengok macam mana dia layan Ucop.Lagi spoil"

"Minggu ni dia datang?"soal Azlin

"Tak tau"Ju'a menjongket bahunya.

"Aku hidup je"tambahnya lagi.

*~*TBC*~*
Smile and no one will see how broken you inside

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now