6

35 1 0
                                    

"Abang nak tanya sikit?"

Ju'a tak menjawab,hanya nemandang Shah sekilas dan kembali merenung pintu masuk butik yang mama,papa dan Ucop masuk tadi.

'Lamanya papa nak cari baju'

"Apa dia?"gumamnya datar.

"Kenapa Ju'a isytihar perang dengan abang sejak kita mula-mula jumpa ye?"

'Oh la di da...rasa nak gelak pun ada,sah Abang Shah tak perasan pasal tragedi dulu tu'

Ju'a tersengih sumbing.

"Laaa gelak pula dia"

Ju'a menutup mulut nenahan tawa sumbang yang terasa mahu pecah.

"Nak jawab ke tak ni?abang benam dalam air pancut belakang ni karang free je"

'Pelik betul budak ni,aku tanya soalan dia sengih pula'kata isi hati Shah.

Namun pinggir bibirnya sendiri juga terasa ditarik senyum,pertama kali tengok budak ni tukar muka jeruk maman masuk muka cotton candy,tapi tu la,cotton candy dengan ada sikit tempias jeruk maman.

Ju'a mengacau milkshake dengan straw.

"Cuba fikir sendiri"

"Kalau abang tahu abang takkan perabih air liur nak tanya"

"Gross"Ju'a buat muka.

'Memang  mat rempit sport karat betul la'

"Kenapa Ju'a isytihar perang dengan abang?"

"Kenapa abang tanya?"

"Ju'a tak kesian ke tengok mama dengan papa susah hati tengok kita bertekak tiap-tiap hari?"

Ju'a mengalihkan dari bekas milkshake di tangan ke wajah Shah di sebelah.Memang betul,tak pernah ada satu hari pun yang sunyi.Mama dan papa pun dah tak larat nak kata apa.

"Ju'a marah papa dengan abang sebab mama kahwin dengan papa?"

"Bukanlah"sedikit kasar dia menjawab.

Pandangannya kembali dialih pada milkshake di tangan.

"Dah tu?Ju'a tak nak kongsi mama dan Ucop dengan orang lain?"

"Bukan...."

"Dah tu?"

Ju'a merengus perlahan.

"Abang Shah kan nyaris nak langgar Ju'a kat Medan Kidd hari tu.Orang dah jatuh terduduk pun dia pecut tinggal macam tu je"laju dia menutur.

Jatuh rahang Shah bila mendengarnya.

"Bila?"

"Sebelum mama dengan papa kahwin"malas Ju'a menjawab.

Puas diselongkar isi ingatan.

'Bila masa aku pernah buat kerja gila macam tu?'bisik hati Shah.

"Nasib tak mati kena langgar"Ju'a menggumam sendiri.

"Mat rempit semua macam tu,sama je"hujung kasutnya berulang kali menendang lantai.

"Sama je macam budak yang langgar ayah tu"sambungnya perlahan.

"Ju'a tu bukan abang"Shah cuba untuk mempertahankan kebenaran.

"Oh la di da,mesti la tu bukan abang sebab abang kan baik,abang takkan buat macam tu"dengan senyuman paksa Ju'a bersuara.

"Mesti la tu abang punya,alter ego yang bawak RXZ tu pakai helmet hitam dengan api biru gaya entah apa sama dengan jaket independent tu"sambung Ju'a lagi yang tidak puas hati.

"Ju'a,tu bukan abang,abang takkan buat benda macan tu"serius Shah menuturkannya.

"Whatever"

Shah meraup wajah,memang seingatnya tak pernah dibuat perangai macam tu,kecuali kalau.....

"Ju'a tu bukan abang"

"Kan abang dah cakap tadi Ju'a tak pekak lagi"bekas milkshake yang masih separuh terisi dicampak ke dalam tong sampah di sebelah kerusi mereka.

"Abaikan je la benda tu"kata Ju'a secara perlahan.

"Abang rasa tu kawan abang yang pinjam motor tu dulu"

'Haikal,ada satu hari tu Haikal pinjam motor sebab ada hal apa entah yang penting sangat nak ke Ipoh.Sekali dengan helmet dan jaket aku ditariknya'

"Okay"Ju'a hanya menjongketkan bahunya.

"Ju'a..."

"Tak kisah la,selagi abang baik dengan mama dan Ucop,Ju'a tak ada masalah,tak payah nak buat baik dengan Ju'a pun Ju'a tak kisah"seolah-olah seperti tak ada apa-apa dia menuturkan dengan pandangan masih menala ke arah pintu masuk butik.

"Selagi mama dengan Ucop happy....Ju'a tak kisah"air liurnya terasa berpasir.

"Ju'a,tengok sini"

"Apa..."

"Ju'a..."

"Apa..."

"Ju'a!"

Teragak-agak dia mengalihkan pandangan.Tajam renungan Shah singgah di matanya.Tanpa sedar dia menggigit bibir bawahnya,cepat dia menundukkan wajah kembali memaku pandangan ke lantai.

Shah menghela nafas panjang.

"Abang pun macam Ju'a,Abang pun nak papa,mama dan Ucop happy.Tapi bukan tu je,Abang nak Ju'a happy juga.Abang nak semua orang happy duduk sama-sama.Papa,mama,Ucop,Ju'a dan Abang"wajah Ju'a yang masih tunduk menekur ke lantai dipandangnya.

"Abang minta maaf atas apa yang pernah jadi,apa yang jadi kat Medan Kidd tu,abang nak Ju'a tahu itu bukan Abang.Tapi Abang nak minta maaf bagi pihak kawan abang mungkin dia pun sebenarnya tak sengaja dan ada benda yang nak kena cepat"

Ju'a hanya diam menggigit bibir.

"Ju'a nak mama,Ucop dengan papa happy kan?"

Ju'a hanya diam di sisinya Shah.

"Ju'a?"

Dia hanya mengangguk.

"Truce?"Shah menghulur tangan.

Ju'a hanya merenung kosong.

"Sorry,tak boleh salam bukan mahram"

'Ouch!'

"Sorry"Shah membawa tangan ke belakang kepala.

"Abang belanja smoothies?"

"Tak haus"geleng Ju'a.

"Abang belanja cotton candy?"

"Tak lapar"

"Kita pergi MPH?"

Mata Ju'a bersinar tanpa mampu ditahan.Wajah Shah dipandangnya.

Shah hanya tersenyum lebar.

"Gotcha!"

*~*TBC*~*

Schubert's SerenadeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora