8

29 0 0
                                    

Dia terpisat-pisat bangun sambil menggosok mata yang masih kelat.Dengan mata separuh tertutup dia mencari telefon bimbit di tepi bantal.Dah pukul sebelas pagi.Bahana tidur lepas joging la ni.Semalam tidur lambat pula.

Dia merengus perlahan sambil bangun dari katil.Baju semalam dicapai dari belakang kerusi belajar dalam melangkah ke pintu.

'Siapa yang bising nak kena bungkus ni....kacau orang nak lena'bisik hati Shah.

****

"Alaaa kakak...Ucop nak tengok Samurai Jack"

"Ucop...kakak lusa dah nak balik hostel dah ni..."

"Heeee..."

Namun terhenti setakat itu sahaja.

Muncung si Ucop memeluk tubuh menghadap TV.

"Dah berapa kali tengok dah ni,tak jemu-jemu ke"bising mulutnya merungut.

****


'Adoiii...memang dah agak dah'Shah menggeleng sambil melangkah ke belakang sofa,sambil berjalan ditariknya selimut Ucop yang tersangkut di belakang kerusi makan.

Ju'a sengih sumbing

"Sorry Ucop"

"Memang nak kena bungkus"ditebarkannya selimut Ucop di atas dua kepala di sofa itu.

"Waaarghhh!!!"Ucop dah menjerit terkejut.

"Abang Shah!!!"Ju'a merentap menurunkan selimut.Habis tudung senget di kepala.

Shah dengan muka toya melangkah ke hadapan sofa,dia menghempas tubuhnya di sebelah Ucop.

"Bising lah korang....kacau abang nak tidur"matanya dipejam sejenak,kepalanya disandarkan ke kepala sofa.

"Dah lah semalam tidur lambat,pening dengan MATLAB lagi..."matanya tiba-tiba terbuka menala ke skrin.

"GERSHWIN!!"

Ju'a dengan Ucop sama-sama terangkat kening merenungnya.

Multiple Personality Disorder?

"Rhapsody In Blue!"bersinar mata Shah memandang Ju'a.

"Errr ....ahah"teragak-agak Ju'a mengangguk.

"Rhapsody In Blue,Gershwin,Fantasia 2000"bibirnya tanpa sedar mengukir senyum nipis segaris memandang skrin.

"Fantasia 2000.....dah lama tak tengok"gumam Shah.

"Tiap-tiap kali kakak balik rumah mesti Ucop pun kena tengok benda ni...."si Ucop mengadu dengan mulut muncung.

"Best,abang suka"pendek Shah menjawab dengan mata tak beralih dari skrin.

"Heeeee...."Ucop menggeleng laju.

"Memang tak faham lah dengan kakak dan Abang Shah ni,sama je baik Ucop baca komik doraemon"dia bangun dari sofa terus berlari ke tingkat atas.

Ju'a dan Shah tidak memberi sebarang reaksi.Sama-sama terpaku memandang skrin seolah-olah kena pukau dengan Rhapsody In Blue yang masih berlagu dari TV.

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now