[8]

1.2K 142 10
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart





•••






Tangan mengetuk - ngetuk dahi sendiri. Bodoh kau bodoh Zahra!!! Sepatutnya kau larikan diri dari dia, bukannya jadikan dia tempat meluahkan perasaan kau! Ya Allah, apa ke bengapnya aku tadi!

Ini boleh pulak aku buat sesi bercerita dekat taman tadi. Sudahlah bukannya cerita biasa, cerita paling terhebat di dalam hidup aku!

Bodoh.

Bodoh.

Bodoh.

Isy, tak baik mencarut. Dahlah aku ni banyak dosa, lepas tu mencarut pulak. Haah, bagus. Kau tambah lagi lah dosa kau yang menggunung tu, Zahra.

Sentap sekejap.

Tangan kembali mengetuk dahi sendiri. Tak cukup dengan itu, aku mengetuk dahi dengan dinding pula. Tapi kenapa aku hantuk tak sakit pun? Lembiklah aku ni!

"Hisy! Bodohlah kau ni Zahra!" Jerit aku sekuat yang mungkin. Biar lega sikit apa yang aku rasa. Wajah diraup kasar.

Pintu yang diketuk itu benar - benar mengganggu aktiviti meroyan aku. Haih.

Dengan rasa malas setinggi KLCC, aku angkat punggung dari katil. Rambut yang dah aku kusutkan dirapikan kembali. Dengan senyuman semanis coklat cadburry, pintu bilik dibuka.

"Ya, walid nak apa?" Soal aku terus. Jarang - jarang walid nak datang sampai ke depan bilik aku ni. Ianya satu penghargaan!

Walid memaparkan wajah dingin seperti kebiasaannya. "Kenapa kamu terpekik - pekik? Malu kalau jiran dengar."

Bibir sendiri diketap. Isy walid ni. Aku tarik balik penghargaan tadi macam ni.

"Cakap benda tak elok pulak tu. Dosa yang ada menggunung, tambah dosa lagi?"

Kali ini aku tergamam. Mata aku diangkat memandang wajah walid yang serius itu. Memanglah dosa aku setinggi gunung, tapi bila walid sendiri yang cakap macam itu. Pedihnya hanya Allah yang tahu.

"Dengar tak ni, Zahra?" Walid menyoal lagi.

Aku tersenyum sinis. "Dosa walid sekecil kuman ke?" Perli aku. Mata memandang walid tajam.

Tersentak walid mendengar soalan aku. Dia memandang aku tidak percaya. Belum sempat dia menjawab, laju mulut aku memotong.

"Oh, lupa. Walid rasa walid ni ahli agama kan? Dosa walid yang setinggi gunung kinabalu tu kejap je hilang-"

"Zahra," walid memotong. Rahangnya diketap tanda dia sangat - sangat marah dengan kata aku sebentar tadi.

Tapi ada aku kisah?

"Orang macam walid ni lah yang dianggap macam penunggang agama!"

"Kurang ajar!" Tangan dia naik ingin menampar pipi aku terhenti. Rahangnya diketap.

Aku tersenyum sinis. Wajah didekatkan pada wajah walid. "Kenapa? Walid nak tampar Zahra? Tamparlah!" Kali ini suara aku naik meninggi.

Aku dah penat dengan semua ini. Penat tanggung sakit seorang diri. Penat nampak buruk di mata semua orang! Penat nampak macam perempuan murah di mata ayah kandung aku sendiri.

"Walid bela lah mamat macam syaitan tu! Bela! Dia je betul! Semua salah Zahra!" Jerit aku sekuat hati dan pintu ditutup serentak dengan empangan air mata yang pecah.

"Ya Allah, abang. Apa kena ni?" Terdengar suara riuh ummi di luar.

Tapi macam biasa, walid hanya diam tanpa bicara. Sebab dia selalu rasa dia betul. Eh, salah. Dia sentiasa betul. Yang buruknya aku. Yang jahatnya aku. Yang jahilnya Zahra!

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now