i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Mug berisi air milo aku letakkan di atas meja kopi. Lalu aku melabuhkan punggung di kerusi hadapan Adrian.
Adrian yang sedang membaca buku Fiqh dan Rukun - rukun solat fardhu itu terhenti. Buku itu diturunkan. "I didnt ask you for this,"
Maksudnya satu mug air milo?
Aku tergelak kecil. "Saya tolong buatkan aje. Kalau awak tak nak, tak apa." Perlahan - lahan tangan aku mahu mencapai semula mug itu.
Namun, Adrian lebih pantas mengambilnya. Matanya merenung aku dengan pandangan redup. "Awak memang bakal isteri idaman." bibirnya terus menyisip air milo itu.
Mata aku membulat. "Tak payah nak over sangatlah." Lalu badan aku disandarkan pada kerusi. Wajah kuning langsatnya dipandang lama. "Saya ada nak cakap sikit dengan awak."
Rengusan aku hanya dibalas dengan senyuman manis daripada Adrian. "Macam nak pergi berperang je muka tu."
Tangan aku mengetuk kuat meja membuatkan wajah Adrian kembali serius. Tangannya meletakkan buku tadi di atas meja.
"Okay, what is it?"
Aku menghela nafas perlahan. Tubuh aku tegakkan. "Saya rasa saya kena keluar dari rumah ni." ujar aku perlahan. Takut didengari oleh papa dan daddy, lain pula yang mereka sangka.
Adrian mengeluh berat. "Why, Zahra? Papa hari - hari masakkan kita makanan halal, saya pula tengah dalam proses nak belajar lagi. Apa yang tak kena?"
Wajah aku ditundukkan. Tangan digenggam erat. "Tak elok bila saya seorang je perempuan dalam rumah ni, Adrian."
Kecuali Crystal, tapi itupun budak umur enam tahun. Kalau ada apa apa yang terjadi, macam mana. Bukannya aku tak percayakan keluarga Adrian, tapi...
huh.
Nafas dihembus perlahan. Hakikatnya, aku memang tidak mampu percayakan sesiapa di dalam dunia ini. Termasuklah...
"Adrian, kita darah remaja. Saya tak nak-"
"Saya tahu penyelesaiannya." Seculas bibir merah itu mengukir senyuman lebar.
Dahi aku berkerut dan sepasang mata hitam aku, bertembung dengan langit gelap dari matanya.
"Kita cepatkan pernikahan. Saya akan settlekan semua-"
"Pernikahan akan hanya berlangsung sehari rhanya selepas awak dah boleh imamkan solat fardhu saya, Adrian." Potong aku dengan wajah yakin. Kening aku diangkat padanya.
Kali itu, Adrian pula tercengang. "Sehari?"
Aku angkat bahu. "Kata nak cepatkan?"
Senyuman kami bersatu.
Adrian menggeleng perlahan. Buku Fiqh tadi dibawa ke dalam pelukannya. "Imamkan awak?" Lalu matanya jatuh pada wajah aku. "Is it a dare?"
Senyuman aku melebar mendengar soalannya. Bahu yang tadi menegang dijatuhkan. "Yes." Kepala aku mengangguk yakin.
Senyuman manisnya bertukar menjadi tajam. Buku fiqh di tangan dipandang. "Deal."
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...