i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Zahirah
abg nk blk hujung minggu ni. walid buat doa selamat sekali dgn kenduri kahwin kak ju hujung minggu ni. walid suruh akak balik sekali. bawak adrian , kenalkan dgn sedara kt kmpg.Bukannya aku tak suka pulang ke kampung. Siapa je tak suka? Boleh jumpa Mak Tok yang dah lama aku rindu. Boleh jumpa sepupu - sepapat yang dah makin menjauh. Tapi yang jadi masalah terbesar sekarang ini-
kepulangan Ahmad Zaid, abang kandung aku yang dah musnahkan hampir seluruh hidup aku. Hancurkan maruah dan kehormatan adiknya sendiri, dia hancurkan kepercayaan ummi dan walid pada aku dengan pembohongan dia. Jadi aku, tidak mungkin mahu melihat wajah lahanat itu lagi.
Nafas dihembus kuat. Phone dicampak kasar ke atas meja solek. "Kenapa lahanat tu nak balik jugak? Kata perlukan ketenangan sangat?! Mampus dekat sana kan senang!" Aku mendengus geram.
Kedua belah tangan digenggam penumbuk. Wajah aku yang dipantulkan oleh cermin dipandang tajam. "Kalau bukan sebab kau-"
Air liur ditelan. "Ummi dan walid tak akan layan aku macam perempuan kotor!"
Bum!
Tangan aku menumbuk kuat meja solek sekaligus dengan air mata yang bertakung. Rahangku digertap menahan amarah buat si lahanat. "Aku benci kau!"
Belum sempat aku bertindak mahu menolak semua benda di atas meja solek, satu tangan menarik tubuh aku ke belakang.
"Hey," lembut suara itu berbisik di telinga aku.
Dada yang tadi turun naik menahan amarah, perlahan - lahan teratur. Mata aku dipejam. "D-dia..."
Adrian terus memusingkan tubuh aku menghadapnya. Tangannya naik menyeka air mata aku. "Zahirah ada text saya jugak,"
Oh jadi dia dah tahu?
Bibir Adrian perlahan - lahan mengucup lembut kelopak mata aku. Tangannya naik membelai belakang kepala aku.
"Adrian, saya ta-takut... saya tak suka d-dia,"
Jari telunjuknya diletakkan di depan bibirku. Adrian menggeleng perlahan. "Maybe you were alone before this, sayang. But from now and forever, I will always profect you." bibirnya dilabuhkan pada dahi aku. Pinggang aku dirangkul erat. "Forever,"
Aku menggigit bawah bibir. Mata biru gelap itu direnung sedalam - dalamnya. "But I still afraid of him, Ad."
Adrian tersenyum manis. Dahinya disatukan pada dahi aku. "Then bayangkan keindahan dunia yang awak tak dapat gambarkan."
Entah kenapa, aku tidak terbayangkan apa - apa. Yang ada di hadapan aku hanyalah sepasang mata biru gelap yang menenangkan seperti langit. My dark sky.
Aku tersenyum sebaris. "Saya bayangkan-" tangan aku mengusap lembut kedua belah pipinya. "My dark sky."
Adrian seperti tergamam. Dia kehilangan kata lagi untuk membalas. Maklumlah, dia bermanis - manis boleh, aku manis sikit dia dah kena heart attack.
Sengaja, aku lebarkan lagi senyuman. Pandangan aku pada matanya bertukar hangat. "My dark sky..."
Matanya membundar memandang aku. "Si-siapa."
"Muhammad Adrian,"
•••
"Adrian!"
Aku berdiri bercekak pinggang di depan pintu kereta. Mata tajam memandang Adrian yang sudah lengkap berkemeja hitam sekali dengan seluar jeans.
Segak naw suami aihhhh.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...