[22]

1.1K 126 6
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart



•••

"Sayang okay?"

Tangan yang sedang membetulkan kolar baju melayu Adrian terhenti. Aku memandangnya hairan. "Saya okay je." Balas aku senada.

Sejak dari semalam lagi, Adrian pandang aku macam nak telan. Semua tingkah laku aku dipandangnya. Pelik - pelik je mamat ni.

Adrian mengeluh berat. "Kalau awak rasa tak sihat, tidur je lah dekat dalam." Tangannya merangkul erat pinggang aku. Sepasang matanya merenung ke dalam anak mataku.

"Mana boleh, kan Kak Ju nak kahwin. Nanti apa pulak kata orang. Lagipun saya sihat je ni," aku menggeleng laju. Tangan diletakkan di atas bahu Adrian. Terasa tenang hati apabila berada dekat dengannya.

Adrian hanya mengangguk faham. Dia tersenyum manis. "Saya nak tanya sikit pasal Zaid boleh?" Perlahan - lahan dia menyusun ayat.

Dahi aku berkerut apabila nama Zaid meniti di bibirnya. Namun, aku hanya mengangguk membenarkan. "Kenapa? Tanya je lah." Jawab aku perlahan.

Mata Adrian tidak dikalih dari memandang tepat ke dalam anak mataku. "Semua orang tak tahu ke pasal awak dengan Zaid?" Soalnya separuh berbisik.

Aku mengetap bibir. Perlahan - lahan kepala aku menggeleng. "Walid tak nak bagitahu. Keluarga saya je tahu," jelas aku. Meskipun agak tidak selesa apabila hal ini dibangkitkan.

Tanpa kata, Adrian terus menarik kepala aku dekat dengan dadanya.
Kepala yang tersarung dengan tudung diusap lembut. "What do you feel right now, sayang?"

Selesa dengan keadaan itu, aku menyebamkan tepi kepala aku pada dadanya. Tangan memeluk erat tubuhnya. "Rasa sayang dengan awak."

Jawapan selamat ye Aminah Zahra?

Terdengar gelak Adrian sehingga dadanya bergetar dapat dirasai olehku. "Pasal Zaid lah, Zahra." Redha dapat bini lembab.

Aku tersengih. Nak buat - buat tak tahu pun tak boleh ke? Ish budak nih. "Saya rasa lega sebab dapat luahkan semuanya dekat dia semalam." Beritahuku jujur. Maklumlah aku bukannya sejenis memendam ataupun acah - acah berahsia.

Sejenis bagitahu semua benda hm. Itulah aku.

Adrian mengangguk faham. Tangannya tidak berhenti mengusap belakang badanku. "Awak tak nak maafkan dia?"

Sekarang aku faham kenapa Adrian peluk aku begini. Bijak betul suami aku yang tercinta ni. Dia tahu yang dia mahu berbincang hal sensitif ini denganku, dia peluk aku supaya aku kekal tenang. Bravo, Adrian!!!

Pelukan aku eratkan. "Awak rasa... dia layak dimaafkan?" Ianya soalan. Bukan satu soalan sinis, malah pertanyaan yang mahukan jawapan. Adakah dia layak untuk dimaafkan?

Adrian terdiam. Cuba menyusun kata supaya tidak tersilap langkah. "Semua orang buat silap, Zahra." Jawabnya lembut. Tidak mahu hatiku terguris.

Bibirku terkunci rapat. Masih belum jumpa jawapan pada pertanyaan sendiri. Jelas tragedi itu memberi impak terbesar di dalam hidupku.

"Dia abang awak, awak tak sayangkan dia ke?"

Nafas aku dihela kasar. "Rasa sayang tu hilang bersama penipuan dia untuk menyelamatkan diri dia, Adrian. Dia sanggup buat macam tu dekat saya, layak ke untuk disayangi?"

Adrian mengemam bibir. "Hati awak tenang ke kalau terus berdendam macam ni-"

Pantas aku melepaskan pelukan. Mata tajam memandang anak mata Adrian. "Awak nak kata saya pedendam ke! Awak tak faham apa yang saya lalui lah!" Jeritku melempiaskan amarah.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now