twenty seven

2.7K 530 186
                                    


***********

jeonjkay
[voice]
"mian.. areum-ah.."

[voice]
"tapi aku tak faham kau
cakap apa hmmm hehe."

milktea
▸ haih, sebenarnya kau
tak suka aku pun kan?

▸ kau ada sebab lain menempel
dekat aku tiba tiba, bukannya
sebab kau suka aku pun

▸ aku tiba tiba percaya
apa yang mingyu cakap..
message not sent

jeonjkay
[voice]
"wait, huh?"

milktea
▸ sudah la jungkook

▸ kau dah boleh stop

▸ apa yang aku cakap
tu betul.. kan?

▸ tapi entah kenapa..
aku harap kau jawab tak
message not sent

▸ sebab nanti aku kecewa..
message not sent

• ♡ • ♡ • ♡ •

jeonjkay
calling...

confirm / reject

bola mata areum membulat besar, namun dia cuba mengawal reaksi wajahnya seraya membetulkan pita suara. skrin telefon disapu ke kanan, memilih untuk menjawab. selamba je budak gedik ni telefon.

"yeoboseyo?"

"e..eoh.."

jungkook mencebik bibirnya, "aku nak cerita, dulu masa awal sekolah, ada sorang budak lelaki ni.. dia pemalu tau! eyy dekat mana mana mesti dengan orang yang dia kenal je. satu hari kannn! dia jatuh cinta dengan sorang budak perempuan ni tau!"

areum masih setia mendengar, bantal berbentuk donut itu diambil lalu dipeluk erat.

"dah lah pemalu, tegur budak perempuan pun tak. tapi sibuk nak jatuh cinta. em lama tau dia simpan perasaan. hari hari, dia akan usha budak perempuan tu dekat sekolah. kalau balik pulak dia suka ikut dari jauh, sebab nak pastikan budak tu selamat. aicehhh." jungkook mengetip kukunya sedikit. malu sangat nyah.

"lepastu lepastu, setelah 2 tahun simpan perasaan dia buat keputusan untuk luahkan sebab dia takut terlepas peluang lagi hmmm." jungkook mencebik, teringat kes areum bercinta dengan mingyu dulu. prakkkk.

gadis itu menahan senyum, namun masih kekal memasang telinga sehingga cerita habis.

"apa jadi?" ujar areum.

"em, biasa lah. crush dia tak suka budak lelaki yang pemalu tu balik. mungkin sebab gedik sangat ehek, tapi dia tak akan putus asa!"

"macam mana budak pemalu yang gedik tu boleh jatuh cinta dengan budak perempuan tu eh?"

jungkook mengawal senyumnya, "em kalau yang tu tak boleh lah cerita. sebab dah nama pun budak tu pemalu. jadi dia tak cerita part tu. shshshshh!"

lelaki tu terbaring seraya menolak nolak angin menggunakan kakinya dek kerana terlalu teruja. maklum lah tak pernah terbayang yang dia tengah calling calling dengan budak perempuan yang dia suka. acewah. aura gedik auto keluar.

"mengada."

"dengan kau je."

areum mengukir senyuman lebar, "budak perempuan tu ada cerita dekat aku jugak. nak dengar?"

"NAK."

"dia kata, dia tak suka budak lelaki nama jeon jungkook."

riak wajah jungkook terus berubah masam, bibirnya dinipiskan lalu menghela keluhan ringan.

"tahu.."

"tapi, dia kata.. dia selesa dengan budak lelaki pemalu tu. boleh tolong bagitahu dia?"

senyuman yang pudar semakin meriah, jungkook kembali terguling guling di atas permukaan tilam sambil tahan dia punya gelak tapi disebabkan syok sangat berguling akhirnya punggung dia bercium dengan lantai.

"aRH! sk.. cakit..." jungkook mengerang kesakitan namun mengawal carutan yang hampir keluar dari mulutnya.

"eoh? gwaenchana?"

"nae! hehe gwaenchana. emm, areum.. kau ikut kan trip tu nanti? kalau kau tak pergi, aku tak nak pergi jugak... hm."

"arraseo. aku pergi."

***********

jungkook dah terpacak depan pintu rumah areum. maklum lah stalker berjaya setakat tahu rumah crush dekat mana apa lah sangat. disebabkan nak gerak sama sama, dia pun tunggu lah areum. tapi tak sengaja terserempak dengan kyung.

"yoW ssup!" mereka saling bertepuk tampar.

"yow hyung, korang nak pergi trip kan? gila ah, bukan kaleng kaleng noona aku nak pergi." bisik kyung kepada jungkook seraya merangkul leher lelaki itu.

"well, kau tengok lah siapa yang ajak. easy peasy lemon squeezy." kata jungkook dengan penuh riak, padahal pujuk buat ayat simpati.

areum berjalan keluar dengan hanya bertemankan satu beg sandang, matanya turun naik melihat jungkook yang beria bawak dua beg, satu belakang dan satunya dipegang. isi beg yang dia pegang tu semua pencuci muka dan krim malam. engko apa tahu, kena lah stay handsome depan crush. ini pun berkat ajaran jin hyung.

"err.. kaja."

"em em..."

"wae?"

jungkook tersengih kecil, "boleh tak nak tumpang toilet? ehee.."

"eoh, kyung pergi tunjuk."

"beres!"

kyung terus membawa jungkook masuk ke dalam rumah sementara areum melabuhkan punggungnya seketika pada bangku. menanti sehingga budak lelaki tu keluar, time ni lah nak pergi toilet bagai. mengada.

"yah mana bilik noona kau?"

___________________________

Milk Tea + jjkWhere stories live. Discover now