PROLOGUE🌹

143 9 1
                                    

"Halmoeni! Maaf Aera lambat datang. Kelas habis lambat hari ni." Han Aera atau lebih selesa dipanggil sebagai Aera memeluk halmeoni Shin, nenek kesayangan Aera.

"Takpe lah. Aera tak datang hari ni pun halmeoni tak kisah. Lagipun Aera kan sibuk." Halmeoni Shin memandang Aera dengan senyuman.

Aera akan ke pusat orang tua-tua setiap kali dia habis kelas. Disitulah tempat dia meluangkan masanya. Baginya berada disitu amat menyenangkan.

"Halmeoni sekejap tahu! Aera nak pergi ambilkan makanan untuk halmeoni, kita boleh makan sama-sama." Aera sudah bangun dari duduknya.

"Ha yelah."

+++

"Okay cukup dah ni rasanya." Pusing sahaja Aera kebelakang..

Prang!

"Ha! Alamak!"

"Maafkan saya, saya tak sengaja."

"Eh takpe, takpe. Saya yang cuai, pusing belakang tak hati-hati." Aera mencangkung dan perlahan-perlahan membersihkan sisa makanan tersebut.

Lelaki tadi turut mencangkung dan membersihkan sisa makanan tersebut tetapi Aera hairan.

"Kenapa dia raba-raba lantai tu?" Aera berkata perlahan.

"Apa dia?" Lelaki itu mengangkat wajahnya dan memandang Aera.

Aera memandang wajah lelaki itu dan terpaku. Kacaknya!

"Awak? Awak ada dekat situ lagi ke?"

'Kejap dia ni, buta ke?'

WHO [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️Where stories live. Discover now