EIGHTEEN🌹

60 8 1
                                    

"Okay Jungkook. Saya akan buka penutup mata ni perlahan-lahan, awak pejam mata dulu okay, takut nanti efect cahaya kuat sangat." Doktor Kim memberi Jungkook sedikit arahan.

"Baiklah." Tangan Jungkook erat menggenggam tangan ommanya. Hatinya tidak sabar lagi ingin melihat buah hati kesayangannya. Han Aera.

Dengan perlahan Doktor Kim mencabut. Apabila sudah selesai mencabut kedua-duanya. Puan Jeon dan Tuan Jeon tersenyum gembira.

"Okay sekarang, buka mata kamu perlahan-lahan. Mungkin kepala kamu akan sakit sedikit akibat cahaya, tapi takpe. Cuba perlahan-lahan." Sekali lagi Doktor Kim memberi arahan.

Dan dengan perlahan-lahan, Jungkook membuka matanya. Sekali buka, matanya terpejam kembali akibat cahaya. Namun, kali kedua, Jungkook sudah dapat membiasakan diri. Matanya dipejam celik pejam celik sehingga lah dia berasa selesa.

Toleh sahaja ketepi wajah omma dn appa nya kelihatan.

"Omma, appa! Jungkook dah boleh nampak!" Tersenyum gembira Jungkook apabila penglihatannya kembali pulih. Tubuh omma dan appanya dipeluk erat.

Tetapi ada sesuatu yang kurang. Pelukan dileraikan. Dia toleh kembali ke hadapan.

"Hyun Ga In? Kau buat apa dekat sini? Omma, appa, mana Aera? Mana angel Jungkook?"

"Jungkook akhirnya!" Tubuh Jungkook dipeluk erat. Tetapi cepat sahaja dileraikan oleh Jungkook.

"Aku tanya mana Han Aera?!" Jungkook memegang kepalanya yang tiba-tiba berasa sakit.

"Jungkook sabar. Awak kena banyak berehat. Puan Jeon, Tuan Jeon, pastikan Jungkook mendapat rehat yang cukup ya? Barulah dia boleh cepat sembuh. Saya keluar dulu ya?" Dan Doktor Kim pun keluar dari wad itu.

WHO [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz