NINE🌹

61 8 1
                                    

"Erm pasal Areum tadi--"

"Takpe lah saya tak kisah pun Aera."

"Tapi saya--"

"Angel saya cakap takpe kan? Dah lah, taknak borak pasal ni." Jungkook menyandarkan badannya.

"Saya nak tanya awak soalan boleh?"

"Awak ni suka sangat tanya saya soalan, tanya lah apa dia?" Aera memandang Jungkook dengan penuh minat.

"Soalan sama. Who are you?"

Terus hilang senyuman Aera.

"Saya--"

"Jungkook, Aera. Ni ha buah dengan susu."

'Huh, lagi sekali. Siapa kau ni sebenarnya Han Aera? Kenapa aku rasa yang kau ni seseorang yang dekat sangat dengan aku dulu?'

"Terima kasih omma. Jungkook nah. Awak nak susu atau buah?"

"Saya nak...awak." Jungkook tergelak.

"Hish tak kelakar tau tak. Cepat lah. Susu atau buah?" Nasib baik lah Jungkook tak nampak, pipi Aera dah habis merah dah.

"Han Aera."

"Awak ni. Nah!" Buah disuapkan ke dalam mulut Jungkook. Masuk sahaja buah itu ke dalam mulut Jungkook, terdiam terus lelaki itu.

"Epal?"

"Hmm, epal. Kenapa?"

"Macam mana awak tahu saya suka epal? Epal hijau?" Dahi Jungkook berkerut.

"Om-omma yang bagi manalah saya tahu." Aera berdehem kecil.

"Angel, are you sure?" Jungkook mendekatkan badannya dengan Aera.

"Betul lah Jeon Jungkook. Buat apa saya nak tipu awak. Kebetulan je omma bagi awak epal hijau. Baguslah epal ni favourite awak kan?"

Jungkook terus terdiam.

'Siapa sebenarnya kau ni Han Aera?'

WHO [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️Where stories live. Discover now