FIVE🌹

66 8 7
                                    

"Hello Jungkook. Maaf harini saya tak dapat datang. Tiba-tiba petang ni ada kelas pula. Sorry."

"Takpe lah kalau macam tu, kita jumpa esok, okay?"

"Esok kita jumpa dekat rumah orang tua-tua tau!"

"Okay Aera, bye."

"Bye Jungkook."

"Huh, bosannya. Dah dua hari Aera tak dapat datang. Dia dah tak nak kawan dengan aku ke? Ish apalah kau ni Jungkook, kan dia cakap dia ada kelas. Apa kata.." Jungkook tersengih.

+++

"Eh siapa tu. Hensemnya!"

"Kau tak kenal ke? Itu lah Jeon Jungkook."

"Oh kejap-kejap. Yang pelukis terkenal tu ke?"

"In real life dia lagi hensem lah!"

"Eh tapi bukan dia buta ke?"

"Kau ni perlahan lah sikit cakap tu nanti dia dengar."

"Ada ke orang nak dekat dia. Buta, menyusahkan orang."

"Eh menyusahkan tapi duit masyuk apa ada hal."

Jungkook hanya diam dan sabar mendengar pujian dan kutukan dari pelajar-pelajar universiti itu. Cermin mata hitam yang dipakai dibetulkan.

"Aera nanti kita siapkan apa yang prof nak tu sama-sama tau."

"Okay. Nanti bila-bila kau nak datang rumah aku bagitau lah. Hari ni aku busy sikit."

"Busy nak jumpa kesayangan ke?"

"Hish kau ni mengarut je. Mana ada." Aera menolak perlahan badan Kang Hee yang merupakan rakan baik Aera.

"Eh Ra, tu bukan dia ke?" Kang Hee menunjukkan jarinya ke arah Jungkook yang sedang bersandar di kereta.

"Haah lah. Eh jom." Aera menarik tangan Kang Hee dan berjalan menuju ke arah Jungkook.

Setelah sampai semua mata tertumpu ke arah Aera.

"Jungkook." Jungkook yang sedari tadi  sedang bersandar terus menegakkan badannya setelah mendengar suara lembut Aera.

"My angel." Dan Jungkook terus tersenyum.

WHO [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️Where stories live. Discover now