SIX🌹

58 7 0
                                    

"Awak buat apa dekat sini?"

"Saya rindu awak, jadi saya datang lah. Jom?" Jungkook menghulurkan tangannya. Dan dengan senang hatinya Aera menyambut.

Dah tak peduli lagi mulut-mulut yang sibuk mengata Jungkook itu. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Oh kereta dipandu oleh pemandu kereta milik keluarga Jeon ya.

Suasana di dalam kereta agak sunyi. Radio tak dipasang kerana Jungkook lebih suka keadaan yang tenang dan aman.

"Kenapa elakkan diri dari saya?" Aera menolehkan wajahnya ke arah Jungkook.

"Sorry?"

"Awak dengar saya Aera." Hanya itu balasan dari Jungkook.

"Mana ada saya elakkan diri dari awak. Betul Jungkook saya ada kelas dua tiga hari ni. Tu yang sibuk sikit tak boleh nak jumpa awak. Tapi kan saya dah janji harini nak jumpa awak dekat rumah orang tua-tua." Aera memegang tangan Jungkook. Memujuk lelaki itu.

'Jadi betullah dia tak tipu. Dia masih nak berkawan dengan aku lagi.'

Tiba-tiba sahaja Jungkook tersengih.

"Awak, demam ke?" Belakang tapak tangan diletakkan di atas dahi Jungkook.

"Tak adalah kenapa awak cakap macam tu?" Jungkook memegang tangan Aera yang berada di dahinya erat.

"Tiba-tiba je awak senyum. Takut saya."

"Tak adalah. Saya gembira awak ada dengan saya. Di sisi saya." Tanpa pengetahuan Jungkook, Aera turut tersenyum. Tangan mereka bersatu dan erat menggenggam tangan masing-masing.

WHO [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️Where stories live. Discover now