TWO🌹

70 8 0
                                    

"Halmeoni, siapa lelaki yang selalu datang sini tu?" Aera menunjuk ke arah seorang lelaki yang duduk di sebelah seorang halmeoni.

"Kenapa? Aera tertarik dengan dia ke?"

"Eh! Bukan macam tu halmeoni, cuma Aera pelik, kenapa baru sekarang Aera nampak dia? Selama ni tak pernah nampak pun."

"Itu lah Jeon Jungkook. Anak kepada pemilik rumah orang tua-tua ni. Dulu dia kerap juga datang, tapi masatu dia datang sekejap je sebab dia sibuk, sebabtu lah kot Aera tak pernah nampak dia."

"Habistu sekarang ni dia tak sibuk ke? Dia kerja apa sampai sibuk sangat?"

"Dia tu kan pelukis terkenal, takkan Aera tak kenal. Dia terlibat dalam kemalangan tahun lepas, dia buta. Jadi dia tak melukis dah, tu yang selalu datang sini luangkan masa dengan halmeoni-halmeoni dekat sini."

Aera hanya menganggukkan kepalanya setelah menerima penerangan daripada halmeoni Shin.

"Halmeoni, Aera nak pergi menyapu dekat halaman tu sekejap tau." Aera mula berdiri dan bergerak ke halaman setelah mendapat izin daripada halmeoni Shin.

Aera mengambil penyapu dan mula menyapu kawasan halaman yang penuh dengan daun gugur itu.

"Hai awak."

"Awak! Terkejut saya." Aera yang sedang menyapu itu terus pusing ke belakang memandang ke arah suara yang menegurnya itu.

"Sorry, saya tak berniat pun nak terkejutkan awak."

"Takpe, takpe." Aera dengan selambanya memegang pergelangan tangan Jungkook dan menarik lelaki itu untuk duduk di bangku yang terdapat di situ.

Jungkook pula sudah terkejut.

"Awak tahu ke yang saya.."

"Buta? Kenapa kalau buta saya tak boleh kawan dengan awak?" Aera memandang wajah Jungkook. Jungkook pula sudah tergelak.

"Takde lah dah kalau tunang saya pun minta putus lepas tahu saya buta, tunang yang sayang saya konon dan tak akan tinggalkan saya walau apa pun terjadi tu, tinggalkan saya. Inikan awak yang bukan siapa-siapa. Yang tak tau asal usul saya. Mustahil lah awak nak kawan dengan saya."

"Itu tunang awak. Saya dan tunang awak adalah dua orang yang berbeza. Lagipun saya kenal awak."

"Awak kenal saya?"

"Kenal. Awak anak kepada pemilik rumah orang tua-tua ni. Awak pelukis terkenal. Awak jadi macam ni pun sebab awak kemalangan. Kan?"

Dengan bersungguh-sungguh Aera menceritakan tentang Jungkook. Jungkook pula sudah tersenyum gembira kerana masih ada orang yang mahu berkawan dengan dirinya.

WHO [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️Where stories live. Discover now