Episode 4

319 132 17
                                    


Apabila cinta sudah berlabuh di hati, rindu, kasih dan sayang pasti menyusul.

🌹🌹🌹


Aku tak keluar ke kantin hari ini. Tidak ada selera nak makan. Tak sedap badan, kakiku masih terasa sakit kesan dari berkawad Sabtu lepas.

Duduk menyandar dengan malas merehatkan badan. Apa yang berlaku di sekeliling, aku tak perduli. Kulitku bertukar gelap akibat Sunburn, kulit wajahku mengelupas dan berasa perit.

Ku sapu tebal pelembap di mukaku pagi tadi, pelembap yang bukan sahaja berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering, tetapi juga bertindak sebagai agen untuk memutihkan kulit.

Memang sengsara betullah kesan sinaran matahari. Inilah salah satu sebab aku tidak suka kokurikulum selain tiada sokongan daripada papa dan mama ku.

Papa hanya menumpukan pencapaian akademik sahaja. Dia beranggapan kalau aku aktif dalam bidang lain, ini boleh mengganggu prestasi akademik aku.

Hai, malaslah nak bertekak dengan papa, nanti aku pula jadi anak derhaka, baik aku tidak terlibat langsung dalam kokurikulum kecuali yang wajib dan tidak dapat dielakkan.

"Gee! Gee! Ada hal aku nak cakap dekat engkau," Adelin bercakap dengan nafas tercungap-cungap. Berpeluh-peluh seperti baru lepas berlari maraton.

"Err... sabar. Rileks dulu. Kalau ye pun, kau duduklah dulu, aku tak lari kemana pun." Aku pimpin tangan Adelin dan meminta dia duduk.

"Tarik nafas dalam-dalam. Awak datang dari mana ni?" Aku bertanya sambil tangan ku mengusap-usap belakang Adelin untuk menenangkan dia.

"Hmm... hmm... siapa nama dia?" Adelin menundingkan jari telunjuknya ke arah pintu kelas. Aku masih terpinga-pinga, menoleh ke arah pintu. Tak nampak pun sesiapa.

"Hmmm... sekejap." Nafas Adelin masih tercungap-cungap. Dia cuba untuk mengingati nama seseorang.

"Sabar, jangan gelojoh," kata ku dengan sabar menanti apakah berita yang kelihatan seperti tersangat penting yang ingin disampaikan oleh si Adelin ni.

"Cas... Cassidy kirim salam dengan engkau. Tadi kan... tadi dia jumpa aku sewaktu aku on the way nak balik ke kelas. Tidak ada orang lain yang dia tanyakan, hanya engkau." Nafas Adelin masih tersekat tetapi sudah mulai reda, berbisik ke telinga aku sambil tersenyum.

Terkedu aku. Tak tahu nak cakap apa. Otak aku kosong. Aku dapat merasakan sesuatu yang terasa begitu hangat naik sampai ke muka ku. Berderau... ye darahku berderau.

Dup... dup... dup... jantungku mengepam darah dengan laju. Ku cuba untuk kelihatan tenang, mengawal perasaan sendiri. Tak ingin Adelin atau yang lain melihat emosi aku yang tidak keruan, 'Maintain cool Gee,' desis hatiku.

"Eh, engkau jangan nak tipu akulah Lin." Aku menepuk manja bahu Lin sambil tersengih.

"Betul, ini beneran." Bahasa Indonesia lagak sinetronlah pulak bunyi si Adelin ni.

"Aku tak tipu engkaulah. Betul! Dia siap tunggu aku tadi dekat lorong pejalan kaki berdekatan library kita tu. Kau tak percaya ek. Muka kau tu sudah kemerahan aku tengok," Adelin menekan pipi ku dengan jari telunjuknya.

Dup... dup... dup bunyi jantungku semakin deras. Aku dapat melihat dari sudut anak mataku Fiqa menarik muka masam. Eh, takkanlah dia curi dengar perbualan aku dengan Adelin kot.

Fiqa ni duduk bersebelahan dengan meja kami. Sebab itu, apa sahaja berita sensasi, aku dengan Adelin terpaksa berbisik takut ada yang pasang telinga curi dengar.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now