Episode 28

97 46 22
                                    

Pengkhianat cinta tidak akan selamanya bahagia. Cinta yang tertindas satu hari nanti pasti akan terbela.

🌹🌹🌹

Untuk seketika kad nama peguam bela dan cara itu ditatap berat. Kemudian dimain-mainkan ditelapak tangan, dibalik-balik, ditelungkup dan ditelentang.

Ini bukanlah suatu keputusan yang senang atau mudah bagi seorang wanita yang sudah berstatus kahwin untuk menanggalkan statusnya. Keputusan yang sungguh sukar yang akan membawa atau memberikan status baru bagi dirinya, 'janda'. 

Perkataan itulah yang ditakutiku selama ini. Bagaimana pandangan orang terhadap aku nanti? Bagaimana aku harus bersemuka  dengan sanak saudara, sahabat handai dan kenalan yang lain? Aku malu dengan dunia luar.

Keputusan yang akan kuambil ini nanti tak ubah seperti melihat bukaan di hujung terowong, namun untuk sampai kesitu aku harus melalui ranjau penuh onak duri yang berbisa.

Kulihat diriku seperti seorang pengantin perempuan tanpa sepatu dan telapak kaki yang hanya beralaskan kulit mengorak langkah perih memijak hamparan mawar berduri.

Meskipun sakit ditusuk duri yang tajam namun langkah harus diteruskan tanpa menoleh kebelakang menuju ke arah satu-satunya jalan keluar dari lorong derita yang gelap. Semoga melalui bukaan di hujung lorong itu nanti akan kutemukan sinar kehidupan yang baru.

Perbualan aku dengan mama sebentar tadi sewaktu menyediakan sarapan pagi di dapur masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

"Kamu sudah fikirkan pekara ini semasak-masaknya nak? Mama taknak kamu menyesal dikemudian hari? Bagaimana dengan anak-anak kamu?" Mama bertanya dengan lirih. Diusap-usap bahuku lembut.

Aku hanya berdiam seribu bahasa. Cuba menyibukkan diri dengan menuang teh panas ke dalam cawan-cawan yang sudah disediakan dan mencedok nasi goreng ke dalam pinggan untuk dihidangkan sebagai santapan pagi.

Inilah masanya, sudah kupikir masak-masak. Walau apapun akibat dari tindakanku itu nanti, tak ku undur dan takkan menyesal. Aku sudah memilih untuk bercerai. Sungguh perit perkataan itu untuk diluahkan bahkan kejam untuk difikirkan.

Adakah aku ibu yang mementingkan diri sendiri dan memisahkan hubungan kasih bapa dari anak-anaknya? Suatu hari nanti pasti anak-anakku akan mengerti mengapa semua ini terjadi. Takkan ku tanamkan bijih dendam dalam diri anak-anak, dia tetap bapa kandung mereka, ini janjiku.

"Kali ini...mama takkan campur tangan lagi. Mama telah membuat satu kesilapan besar di dalam hidup kamu sebelum ini Suzi," sambung mama lagi.

Aku masih membisu tidak berkata apa-apa. Bukan bersikap kurang ajar terhadap mama cuma aku belum punya kata-kata yang tepat untuk menjawab dia.

"Mama tak salahkan kau nak kalau kamu tidak dapat memaafkan mama. Mama... Mama faham kerana mama juga tidak dapat memaafkan diri sendiri." Dia berhenti seketika sambil mengetap bibir dan memejamkan mata. Mungkin sedang menahan sebak.

"Penyesalan ini mama..mama pikul hingga ke akhir hayat mama," bergenang air jernih di kelopak mata mama, hanya menunggu masa untuk gugur menelusuri pipinya yang dihiasi sedikit kedutan jelita di usia keemasan.

Aku terus memeluk mama dan menangis. Mama turut memelukku erat dan airmatanya tidak dapat dibendung lagi. Hatiku sebak dan tersentuh dengan kata-kata sesalan mama yang meruntun jiwa. Walaupun aku cuba berlagak yang diriku kuat menghadapi semua ini tetapi di hadapan mama...

Aku masih puteri kecilnya yang rapuh di dalam. Seperti mana seorang anak kecil yang jatuh tersembam ke tanah dan menangis kesakitan, hanya di dalam dakapan ibunya sahaja dapat menghentikan tangisnya. 

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now