Episode 37

114 31 36
                                    

Bila cinta singgah dan mengikat dua hati ibarat percikan bunga api di awangan yang menerangi kolong langit yang gelap menyemarakkan asmaradana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bila cinta singgah dan mengikat dua hati ibarat percikan bunga api di awangan yang menerangi kolong langit yang gelap menyemarakkan asmaradana.

🌹🌹🌹


Pancutan air panas yang membasahi kulitku terasa cukup menyegarkan pagi ini. Rasanya tubuhku perlu dimanja untuk menikmati mandian air panas di hotel ini.

Ya, aku sangat memerlukan terapi sebegini apatah lagi setelah mengalami beberapa siri tangisan dan perasaan yang bercampur-baur semalam.

Entah berapa kali aku tersenyum dalam mandian. Diminda asyik ulang tayang detik manis pertemuan dengan insan yang kucinta, Cassidy.

Pulang dari majlis reunion itu dia telah menawarkan diri untuk menghantar aku balik ke hotel. Tanpa keberatan aku bersetuju kerana agak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan grab selepas jam 10 malam.

Sebaik sahaja sampai di bilik hotel, badanku sudah cukup lelah dan letih. Hilang kudrat untuk mandi cuma sempat membersihkan makeup dan menyarungkan baju tidur lalu kuhempaskan badan ke katil.

Selama ini sukar untukku pejamkan mata dan lena tetapi malam tadi diriku nyenyak seperti seorang bayi. Sudah lama tidak kurasakan nikmat tidur sedemikian.

Pagi tadi serius kuakui, bangun sahaja dari tidur, semangat baharu menerpa dalam diriku yang tidak pernah ku alami sebelum ini. Baru kini aku merasakan hidupku bermakna.

Bangun dari perbaringan dan dalam keadaan masih sedikit mengantuk, ku duduk bersila di tengah katil dengan kedua tangan kuregangkan menggeliat malas. 

Seketika itu sambil diiring sebuah senyuman terpancul dari bibirku ucapan syukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana mempertemukan aku dengan dirinya semula.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Agak lama juga aku berada di dalam bilik mandi. Bau wangi sabun mandian dan syampu rambut yang disediakan oleh pihak hotel merupakan satu aroma terapi yang mengasyikkan.

Jubah mandi disarungkan dan rambut yang basah panjang mengurai dikeringkan dengan pengering rambut sambil bibir bersenandung lagu 'Bulan Menjadi Saksi'.

Keluar saja dari bilik air halwa telingaku terus menangkap bunyi deringan telefon bimbit yang diletakkan di meja sisi katil.

Kakiku bergegas menapak kesitu untuk menggapai telefon. Hatiku melonjak gembira saat melihat nama 'Cas' tertera jelas di skrin telefon.

Aku: Helo.

Cassidy: Helo dan hai.

"Hai." jawabku tersenyum sambil melabuhkan punggung di birai katil. Telunjuk jari mula memintal-mintal helaian rambut yang masih lembap.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now