Episode 21

132 68 7
                                    


Cinta yang dilafazkan dari bibir sahaja hanya singgah sementara tetapi cinta yang diungkapkan dari hati akan tetap utuh malah terus bertumbuh mekar mewangi selamanya.

🌹🌹🌹

"Aku mengambil engkau menjadi isteriku, untuk saling memiliki dan menjaga, dari sekarang sampai selama-lamanya; Pada waktu susah mahupun senang, pada waktu berkelimpahan mahupun kekurangan, pada waktu sihat mahupun sakit, untuk saling mengasihi dan menghargai satu sama lain, sampai maut yang memisahkan kita, sesuai dengan hukum Tuhan yang kudus, dan inilah janji setiaku yang tulus.”

Setelah Zachery Sean selesai mengungkapkan lafaz ikrar perkahwinan dari bibirnya sendiri disaksikan oleh para hadirin jemputan, cincin emas belah rotan 916 disarungkan di jari manisku.

Pada saat ini, aku menerima Zachery Sean sebagai suamiku yang sah walaupun perkahwinan ini bukan lahir dari ikatan cinta ataupun perasaan suka sama suka namun aku harus menerima hakikat bahawa dialah jodoh yang telah tersedia bagiku.

Baris demi baris ikrar perkahwinan yang dilafazkan oleh Zach aku terima sebagai janjinya untuk sama-sama melayari bahtera kehidupan ini sehingga KEMATIAN yang memisahkan.

Dan...

Kupegang janjinya itu hingga ke hari ini.

Mungkin susah diterima akal, bagaimana seorang wanita yang belum pernah merasa bahagia semenjak hari pertama sampailah usia perkahwinannya mencecah 10 tahun dapat bertahan walaupun menempuh segala duka bertemankan airmata.

Sungguhpun dasar perkahwinan ini didirikan secara paksa kerana tersepit dengan tuntutan penebusan harta pusaka namun secara peribadi, aku dapat menerima bahawa perasaan cinta itu boleh dipupuk seiringan dengan peredaran masa dan peluang yang diberikan untuk mengenali hati budi pasangan masing-masing.

Berkat kesabaran dan ketabahan aku berhadapan dengan perangai Zach yang dingin, kami dikaruniakan dua cahaya mata. Aku meletakkan harapan agar suatu hari nanti Zach berubah, menjadi suami yang mengasihi dan bapa yang baik kepada anak-anak.

Namun, hari demi hari harapan itu kian terkubur kerana perangai dan sikap Zach yang semakin hari semakin serupa iblis.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Sebaik sahaja sampai diperkarangan luar rumah orang tuaku, putera dan puteriku tidak sabar-sabar lagi. Ryan dengan segera membuka pintu kereta dan meluru keluar diikuti oleh adiknya Rachel.

Mama yang sedang menyiram pokok bunga ati-ati kesayangannya itu, meletakkan ketepi alat penyiramnya lalu mendepangkan tangan menyambut pelukan cucu-cucu kesayangannya.

"Amboi, cucu nenek. Lama Ayan dan Ayel tak balik jenguk nenek dan atok. Nenek rindu tau, atok pun rindu," mama mencium-cium pipi cucunya bergilir-gilir.

Anak-anakku kelihatan riang dan memberikan ciuman balas di pipi nenek mereka sebelum beralih berlari ke dalam pelukan papaku, atok mereka yang datang dari arah belakang rumah.

Aku yang dari tadi hanya memerhatikan sahaja gelagat insan-insan tersayang dalam hidupku dari dalam kereta. Kemudian, dengan perlahan cermin kereta ku turunkan.

Aku memang sengaja memberhentikan kereta di bahagian luar pagar rumah kerana cuba mengelak dari mama dan papa. Jika mereka melihat rupaku sekarang pasti mereka risau. Kalau boleh, aku tak nak orang tua masuk campur urusan rumahtangga ku, cukuplah dengan apa yang telah mereka rampas dari hidupku sebelum ini.

Awal pagi telur sudah kurebus sehingga masak sepenuhnya lalu dibalut dengan tuala kecil ketika masih panas dan segera ku tuamkan di bahagian benjolan di dahi.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now