Episode 27

113 49 24
                                    


Airmata hanya layak dititiskan untuk insan yang mencintaimu setulus hatinya kerana sebutir airmatamu amatlah berharga dan dihitung penderitaannya.

🌹🌹🌹

"Tolong ambilkan air suam Kell, cepat!" 

Yasmin pantas mencalitkan sedikit minyak angin di hidungku dan mengurut-ngurut belakangku sambil memberikan arahan kepada Ms Kelly.

Waktu itu Ms Kelly sibuk pula mengipas aku dengan kipas tangan Cina yang sering dibawanya bersama ke hulu ke hilir. Kipas tangan Cina yang dimaksudkan memang sentiasa disimpan kemas dan rapi di dalam beg tangannya kerana dia jenis yang tidak tahan panas dan akan berkipas tidak kira tempat.

Kedua-dua sahabatku itu cuba untuk memberikan bantuan pengudaraan sebaik mungkin untuk menyedarkan aku yang dalam keadaan separa pengsan supaya tubuhku mendapat oksigen yang secukupnya agar keadaanku kembali normal. Rentak dan alunan nafasku masih pendek serta tersekat-sekat.

"Air suam..air suam..dimana air suam? Beb, macam mana ni? Oh Gee, janganlah buatkan kami takut beb," tutur Ms Kelly panik, kedua kakinya dihentak lagak anak kecil sambil tangannya tidak berhenti mengipas.

Yasmin segera merampas kipas dari tangan Ms Kelly, "Sudah. Tolong ambilkan air suam sekarang. Air suam di pantri kita tu, ingat tak?"

"Haa, ingat, ingat. Baik...air suam, I'm coming.." Sepantas kilat Ms Kelly menapak ke pantri, tak ubah seperti filem adiwira 'The Flash' dan sekelip mata air suam sudah berada di tangannya lalu disuakan ke mulutku.

"Minum ni beb. Minum perlahan ye," lirih Ms Kelly.

Seteguk air suam itu membasahi tekakku dan kedua teguk membantu memberi kelegaan. Penglihatanku perlahan-lahan semakin jelas. Aku menghela nafas sedalamnya dan bau minyak angin 'Aromatherapy Fresh Care Citrus' milik Yasmin menusuk ke rongga hidung dan menyegarkan kepalaku. 

Tiada lagi penglihatan berganda atau pandangan mata yang berkunang-kunang. Kini terang muka comel Yasmin dan Ms Kelly yang kacak itu sedang memandang wajahku dengan serius tidak berkedip.

"Are you okay beb? Do you feel much better now?" tanya Ms Kelly penuh prihatin.

Aku sekadar mengangguk lemah. Masih dalam proses pemulihan emosi, fizikal dan ya..degupan di dadaku masih terasa nyilu dan perih tetapi semakin berkurangan, tidak seperti di permulaan tadi.

"Are you sure Gee? Kalau tidak, kita ke hospital sekarang," ungkap Yasmin sambil mengerutkan dahinya. Jelas dia risau dengan keadaanku saat ini.

Aku menggelengkan kepala, "I'm fine. Terima kasih kepada awak berdua," jawabku dengan mata yang tertunduk ke lantai. Ketara sekali ertinya cuba berselindung duka yang mencengkam jiwa.

Rentak nafasku mulai kembali normal. Tidak lagi berupa orang yang diserang asthma. Melihat keadaan aku yang sudah beransur pulih, Yasmin dan Ms Kelly melabuhkan punggung masing-masing dan duduk bertentangan menghadap aku.

"What happen beb?" Ms Kelly mula bertanya dengan nada suara lembut.

"Ya Gee. Apa yang membuatkan you jadi macam ni? Tolong ceritakan. You know you can count on us beb." Giliran Yasmin menyusul bertanya soalan yang belum mampu untukku menjawabnya sekarang.

Aku mengangkatkan kepala dan merenung muka mereka berdua silih berganti. Suasana jeda seketika sehingga bunyi hembusan nafas pun dapat didengari.

Jiwaku meronta untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, yang menyiksa batinku merana. Isteri mana yang sanggup dipertontonkan perihal sumbang suaminya? Isteri mana yang akan ketawa melihat suami sah dia melabuhkan sauh di ranjang bersama wanita lain?

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now